Jumaat, April 06, 2012

Bolasepak : SK Kiandongo sekadar Kedua

SK Kiandongo hanya sekadar berpuashati tempat kedua dalam Pertandingan Bola Sepak Zon Tongod apabila dijinakkan oleh pasukan SK Sogo-Sogo dengan keputusan 0-8. Seolah-olah seperti membalas dendam terhadap kekalahan besar 27-0 dalam pertandingan Bola Jaring, pasukan SK Sogo-Sogo berusaha bermati-matian agar keputusan besar dapat dicatatkan. SK Sogo-Sogo dilihat unggul dalam bolasepak apabila turut membelasah SK Pekan Tongod dengan 7-0. Sebelum itu, Aeron Dimo menjaringkan 4 gol untuk membolehkan SK Kiandongo menang dengan 4 gol tanpa balas dengan SK Pekan Tongod. Kejohanan yang diadakan pada 26 Mac 2012 di Padang SK Sogo-Sogo adalah bertujuan memilih pemain bagi mewakili Zon Tongod pada pertandingan peringkat Daerah di SMK Telupid pada 29-30 Mac 2012. Tiga orang pemain sekolah ini telah dipilih untuk mewakili Zon Tongod iaitu Aeron Dimo, Jelikmus Phillipmus dan Shamrizal Sangkala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan