Isnin, Mei 09, 2011

Yayasan Sabah Bantu Jayakan Kem Lambaian Ilmu

Para peserta Kem Lambaian Ilmu (KLI) ke 2 Tahun 2011 harus berasa bertuah kerana Yayasan Negeri Sabah sudi menghulur sumbangan bagi menampung sebahagian kos penganjuran. Walaupun sumbangan yang diberikan tidaklah seberapa sekurang-kurangnya ia mampu mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh 4 buah sekolah yang terlibat menjayakan program ini. Kehadiran Puan Rosinah selaku wakil Yayasan Sabah yang turut menyampaikan Ceramah Motivasi menambahkan lagi keceriaan di kalangan para peserta. Seramai 108 orang peserta telah telah terlibat dengan program pada kali ini yang turut didokong seramai 35 orang guru dan kakitangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Program yang berlangsung selama 3 hari, 2 malam mulai 6-8 Mei 2011 berjaya dilaksanakan dengan pengisian aktiviti seperti Motivasi, Pengurusan Masa, Latihan Dalam Kumpulan, Bengkel Menjawab Soalan UPSR, Sukaneka, Kembara, Riadah, Merempuh Halangan, Malam Kebudayaan dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan