Jumaat, Mei 27, 2011

Sukaneka Hari Guru Meriah

Program Sukaneka bersempena Sambutan Hari Guru telah berjaya dilangsungkan dengan perancangan yang singkat tetapi menghasilkan sesuatu yang memberi sejuta kepuasan yang tidak terhingga di kalangan para guru, kakitangan dan juga murid-murid di sekolah. Bahkan kehadiran segelintir ibu bapa yang memberikan sokongan kepada anak-anak mereka telah memberikan keceriaan buat keseluruhan program ini. Program ini telah dilangsungkan pada 27 Mei 2011 iaitu sejurus sehari selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun. Komitmen guru-guru dan kakitangan sekolah telah banyak menjayakan program ini. Sepanjang program ini,beberapa acara telah diadakan iaitu Hantar Getah Guna Straw, Lari Kaki Tiga, Jom Pancing, Isi Air Dalam Botol, Tarik Tali dan Cari Gula-Gula Dalam Tepung. Acara kemuncak program adalah Tarik Tali yang turut menyaksikan kehadiran Guru Besar SK Kiandongo, Yang Berusaha Encik Mohd Jasnee menjadi Pengadil utama dan Penyampai Hadiah Keseluruhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan