Isnin, Mac 24, 2014

Majlis Perpisahan Mantan Guru Besar

Pada 13 Mac 2014 yang lalu, Kelab Guru dan Staf SK Kiandongo bersama PIBG SK Kiandongo telah mengadakan Majlis Perpisahan buat En. Mohd Jasnee yang merupakan mantan Guru Besar sekolah ini selama hampir 12 tahun. Beliau telah menabur khidmat di sekolah ini sejak dari tahun 2003 hingga Februari 2014. Sepanjang perkhidmatan di sekolah ini, beberapa prasarana sukan dan bangunan sekolah berjaya dinaiktaraf dan dibaikpulih bagi memastikan sekolah terus bersaing dari aspek akademik mahupun ko-kurikulum. Beliau akan meneruskan perkhidmatan selaku Guru Besar di SK Tampasak. Di dalam majlis ini, satu upacara memotong kek telah diatur dengan sebiji kek dipotong oleh Guru Besar Baru Encik Sipin Sikin manakala sebiji kek lagi dipotong oleh mantan Guru Besar, Encik Mohd Jasnee Abdullah. Perasaan sedih mula menyelubungi warga sekolah apabila sesi penyampaian hadiah dan cenderahati bermula. Keadaan semakin sayu apabila semua murid dan para kakitangan bersalam dengan mantan Guru Besar. Seluruh warga sekolah dan para ibu bapa mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada beliau.

Ucaptama daripada Guru Besar Baru, Encik Sipin Sikin

Penyampaian Hadiah daripada Cg. Aizuddin

Penyampaian Hadiah daripada Murid

Majlis Memotong Kek

Salam Perpisahan

Kesedihan dan Kepiluan

Ahad, Mac 23, 2014

SK Kiandongo Terima Bos Baru

SK Kiandongo secara rasminya telah menerima Guru Besar Baru apabila satu majlis penyerahan tugas telah berlangsung di pejabat SK Kiandongo pada 4 Mac 2014. Majlis telah disaksikan oleh para guru dan kakitangan sekolah yang menyaksikan Encik Sipin Sikin,58, mantan Guru Besar SK Minusuh mengambil alih tampuk pentadbiran sekolah ini dari mantan Guru Besar SK Kiandongo, En. Mohd Jasnee @ Tony Gungok 50,  En. Sipin Sikin merupakan Guru Besar Cemerlang yang telah lama berkhidmat dalam bidang pendidikan ini sejak dari tahun 1979 manakala En. Mohd Jasnee merupakan Guru Besar Keempat sekolah ini yang telah berkhidmat di sekolah mulai 2003. Pihak sekolah mengucapkan Selamat Datang ke Encik Sipin Sikin selaku Guru Besar SK Kiandongo yang kelima.

Majlis Menandatangani Nota Serah Tugas


Penyerahan Tugas 

En. Mohd Jasnee menandatangani Buku Rekod Kehadiran Buat kali Terakhir

Sabtu, Mac 22, 2014

Elvira Sumbang Perak, Vizianah Raih Gangsa Olahraga MSSD

2 atlit dari sekolah ini menjadi penyumbang tunggal bawah 12 kepada Kontijen Zon Tongod dalam Kejohanan Trek dan Padang MSSD Tongod (Telupid) kali ke 5 dan sekaligus menyelamatkan pasukan bawah 12 tahun dari pulang tangan kosong. Elvira Matthew ,12 memanafaat pengalaman yang diperolehi pada tahun lalu apabila berjaya merangkul pingat perak dalam acara 80m Lari berpagar dan kejayaan ini menyamai pencapaian Jielson Jibin dalam acara yang pada tahun lalu. Elvira berjaya merakam  masa 15.93s berbeza 0.18 s dengan pemenang Emas , Lydia Sharifuddin dari Zon Telupid dengan catatan masa 15.75 s. Sementara itu, Vizianah Kukong berjaya merangkul pingat gangsa dalam acara Lompat Jauh dengan catatan 3.26 m. Acara tersebut dimenangi oleh Chrissolevia Hamlin dari Zon Telupid dengan jarak 3.44 m manakala perak dimenangi oleh Elcira Jeoh dari Zon Entilibon dengan jarak 3.31m. Secara keseluruhannya, Zon Tongod sekadar membawa 1 Emas 7 Perak dan 9 Gangsa manakala Zon Telupid berjaya merampas kejuaraan yang terlepas kepada Zon Penangah pada tahun lalu dengan atlit bawah 12 mereka berjaya mengondol 13 daripada 16 Emas yang dipertandingkan.




Word Mania : SK Kiandongo Tangga ke 35 Terbaik Di Malaysia

Pertandingan Word Mania yang dikelolakan oleh Frogasia telah menarik minat para murid sekolah ini untuk sama-sama mengembleng kepintaran dan idea dalam membantu ranking sekolah dalam pertandingan yang diadakan secara 3 siri pertandingan di penghujung bulan Februari 2014. Pertandingan ini telah melonjakkan kedudukan sekolah ini di tangga ke35 dalam siri ketiga pertandingan tersebut. Pertandingan yang menguji minda dan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris telah menunjukkan satu petanda bahawa sekolah ini walaupun berkapasiti kecil tetap mampu menewaskan sekolah yang lebih besar bilangan muridnya. Markah yang terkumpul 118699 mata adalah dikutip daripada kalangan 50 markah tertinggi para murid sekolah ini yang menyertai pertandingan ini. Walaubagaimana pun sekolah ini sekadar menduduki tangga ke 124 selepas ketiga-tiga siri permainan ini dijalankan. SK Kiandongo tidak menyertai 2 siri pertama.


Ahad, Mac 02, 2014

9 murid dipilih Sertai Kontijen Zon Tongod

Hasil pencapaian memenangi sekurang-kurangnya pingat perak dalam Kejohanan Olahraga Zon Tongod pada tahun lalu, seramai 9 orang murid sekolah ini telah dipilih untuk mewakili Zon Tongod dalam Kejohanan Trek dan Padang MSSD Tongod (Telupid) 2014 pada 26-28 Februari 2014 di SMK Telupid. Mereka yang terpilih Zilwafrid Johnatun yang akan menyertai acara Lompat Jauh dan Lompat Tinggi, Elvira Matthew dan Vizianah Kukong yang akan menyertai 2 acara iaitu 80m Lari berpagar dan lompat jauh. Ferlent Philip bagi acara 100m dan 4X200m ,Winnie Jimis bagi acara Lontar Peluru manakala Octovianus akan menyertai acara lompat Tinggi. Di samping itu Jirol Ginal dan Dix Sagitan masing-masing akan menyertai acara Lompat Jauh dan 80m Lari Berpagar. Semertara itu, Elvieuna Jasmi yang memenangi 4 pingat perak di peringat zon akan menyertai 4 acara iaitu 100m, 200m , 4 X 100m dan 4 X 200m. Semoga kesemua atlit ini mampu meraih pingat dan sekaligus dalam mewakili daerah Telupid ke peringkat lebih tinggi.

Frog Asia Lawat SK Kiandongo

Frogasia yang merupakan sebuah agensi yang memainkan peranan penting dalam penyebaran  Persekitaran Pembelajaran Maya atau Virtual Learning Enviroment (VLE) telah mengadakan lawatan dan tinjauan ke sekolah ini pada 18 Februari 2014 bagi mengkaji keberkesanan program ini serta mengenalpasti isu-isu serta permasalahan yang dihadapi oleh sekolah ini dalam melaksanakan VLE sebagai medium penyampaian baru dalam pendidikan. Kehadiran tiga orang wakil dari agensi tersebut telah diketuai Pengurus Komuniti Kanan , Madam Tong Oi Kuan, Mr. Craig Robert dan Encik Aizuddin Ghazali.




Dragon Juarai Liga Super Bola Tampar

Pasukan Dragon muncul juara Liga Super Bola Tampar 1 Kiandongo selepas mencatatkan kemenangan dalam semua perlawanan. Kejohanan yang disertai oleh 6 pasukan campuran lelaki dan perempuan diadakan dalam format liga sepusingan telah mula diadakan 17 Januari 2014 hingga 4 Februari 2014. Pertandingan ini diadakan untuk memantapkan permainan berpasukan dan membentuk pasukan lelaki dan perempuan bagi menghadapi Kejohanan Bola Tampar MSSD Tongod (Telupid) 2014 . Sementara itu, pasukan Zebra dan  Cheetah masing muncul Naib Johan dan Tempat Ketiga pertandingan ini