Jumaat, Februari 19, 2010

Adely,Alfoy, Suhailin dan Santikah Kembali Berentap

Empat orang murid SK Kiandongo telah dipilih mewakli daerah Tongod. Pemilihan mereka dibuat selepas muncul pemenang tempat pertama dan kedua di dalam acara masing-masing. Adely yang dinobatkan olahragawan Zon Tongod pada tahun 2009 bakal berentap di dalam acara 100m, 200m, lompat jauh,4 x 100m dan 4 x 200m. Manakala Alfoy Dimo akan menyertai acara 100m, lompat jauh,4 x 100m dan 4 x 200m.Sementara itu atlit wanita sekolah ini bakal mempertaruhkan acara lompat jauh bagi adik Suhailin Lasius dan acara lontar peluru yang akan diwakili oleh Santikah Johnsop. Sebagai permulaan mereka ini telah dipanggil menyertai latihan pusat bertempat di Padang Sumilad Tongod . Latihan ini merupakan persediaan awal bagi menghadapiKejohanan Olahraga Daerah Telupid yang mana Zon Tongod dipilih sebagai Jawatankuasa Penganjuran.

Ahad, Januari 17, 2010

Selamat Datang Cikgu Angeline

Patah tumbuh hilang berganti begitulah pepatah yang sesuai diungkapkan kepada Puan Angeline Tatty yang memulakan tugas sebagai guru di sekolah ini pada 11 Januari 2010. Kehadiran beliau adalah kesinambungan kepada persaraan Cikgu Moses yang telah bersara pada 15 Disember 2009. Cikgu Angeline telah bertukar sekolah daripada sekolah sebelumnya di SK Jaya Bakti, Beluran. Pertukaran beliau ke sekolah ini bakal merancakkan lagi perkembangan pendidikan berdasarkan pengalaman beliau yang telah melebihi 10 tahun. Selamat Datang diucapkan kepada beliau.

Banjir melanda jejaskan kehadiran

Hujan yang turun selama 4 hari berturut-turut mulai 14 Januari yang lalu, menyebabkan daerah Tongod dan Telupid telah mengalami banjir besar dengan Sungai Kinabatangan, Sungai Maliau dan sungai-sungai yang menghubungkan kawasan terpencil telah melimpah dan mengakibat banjir yang begitu memberi impak buruk kepada penduduk di sekitar daerah Tongod dan Telupid. Hujan yang berlarutan ini turut mendatangkan kesan kepada kehadiran murid yang berkurangan kepada hanya sekitar 50%. Beberapa rumah murid turut ditenggelami air menyebabkan ada di antara mereka terpaksa dipindahkan ke Dewan Masyarakat Daerah Tongod. Terdapat juga beberapa kejadian tanah runtuh sepanjang Jalan Utama Telupid - Tongod

Isnin, Januari 04, 2010

MISI & VISI

MOTO
Beriman, Berwawasan, Berilmu

VISI
“Mengutamakan Kecemerlangan Murid Secara Menyeluruh dan Berorientasikan Falsafah Pendidikan Negara serta Sebagai Pendukung Kepada Wawasan Negara”

MATLAMAT
Dengan ini sekolah kami akan memfokuskan kepada kecemerlangan berikut :
• Kurikulum
• Ko-Kurikulum
• Hal Ehwal Murid
• Keceriaan, Kebersihan dan Keselamatan
• Pengurusan, Pentadbiran, Perkhidmatan dan Kewangan Sekolah
• Pengurusan PIBG

MISI
"SK Kiandongo, Tongod (Telupid) akan Menghasilkan Generasi Berilmu Melalui Pendidikan Berkualiti yang Menyeluruh dan Seimbang Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan"

Selamat Datang 2010

Sesi persekolahan bagi Tahun 2010 membuka tirai sekaligus membuka lembaran baru buat 21 orang murid tahun 1. Dengan angka tersebut jumlah murid SK Kiandongo telah meningkat kepada 106 orang dengan murid tahun 6 - 16 orang, Tahun 5 (19 orang), Tahun 4 (23 orang), Tahun 3 (10 orang) dan Tahun 2 (17 orang). Keceriaan pada wajah mereka menunjukkan bahawa mereka telah bersedia untuk menempuh alam persekolahan walaupun rata-rata di antara mereka tidak pernah mengikuti prasekolah mahupun tadika.

Isnin, Disember 28, 2009

Selamat Hari Krismas

Selamat Menyambut Hari Krismas buat semua guru,kakitangan dan murid SK Kiandongo, Telupid (Tongod) yang beragama Kristian.

Khamis, Disember 03, 2009

10 ikuti Kem Serumpun

Pada 20 hingga 23 November 2009 yang lalu, sepuluh orang murid dan seorang guru (En. Vincent Sintia) dari sekolah ini telah dipilih untuk mengikuti program Kem Serumpun bertempat di Ranau. Pelbagai program lawatan telah diatur bagi memperkenalkan tempat-tempat bersejarah dan menarik kepada para murid sekitar daerah Tongod dan Telupid. Program yang di bawah kelolaan pihak Pejabat Pelajaran Daerah Tongod (Telupid) merupakan salah satu cabang program bagi mencapai objektif 1 Malaysia.