Khamis, November 05, 2009

Peperiksaan Akhir Tahun 2009

SK Kiandongo telah melangsungkan peperiksaan akhirnya pada tahun ini bermula 26 hingga 30 Oktober

Mesyuarat PIBG SK Kiandongo

PIBG SK Kiandongo telah mengadakan mesyuarat buat pertama kali pada tahun ini. Mesyuarat ini telah berlangsung di Kelas tahun 3 telah diadakan pada 16 Oktober 2009 dengan tujuan membuat pendaftaran semuala ahli baru dan ahli lama bagi menjadikan pertubuhan ini dapat didaftarkan.

Syoknya ! Lambaian Api-api



Seramai 5 orang murid sekolah ini telah dipilih untuk mengikut program Extra Curricular atau lebih dikenali sebagai Lambaian Api-api pada 22 hingga 25 Oktober 2009. Sekolah ini telah diwakili oleh Alfoy Dimo, Adley Aim, Zikhrius Jalius, Marliana Ascung dan Prisclla Petrus sambil diiringi oleh Cikgu Mohd Rashdan. Program yang berlandaskan untuk mendekatkan diri murid dengan suasana bandar dan pembangunan negeri Sabah banyak membuka minda murid khususnya di bahagian pedalaman. Program pada kali ini menyaksikan kehadiran 281 orang murid dengan melibatkan 3 daerah iaitu Telupid, Sipitang dan Kota Kinabalu. Sebanyak 6 lokasi lawatan telah dipilih sebagai pengisian program ini iaitu Galeri Tun Mustafa, Galeri UMS, Muzium dan Aquariam UMS,Kilang Susu SID, Zoo Lok Kawi dan Muzium Negeri Sabah. Program dibawah kendalian Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah telah dilaksanakan di Hotel Airport View, Kota Kinabalu dan ini memberi peluang kepada para murid untuk merasai nikmat bermalam di hotel.

English in Camp kumpul 140 orang murid

Program English in Camp pada 16 hingga 18 Oktober di bawah kendalian PGSR Bahasa Inggeris Daerah Tongod (Telupid) telah berjaya dilaksanakan dengan melibatkan kehadiran 29 buah sekolah rendah. SK Kiandongo telah menghantar 10 peserta dengan diiringi oleh Cikgu Susan Lagayan untuk ke program ini sebagai satu usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan komunikasi mereka dalam Bahasa Inggeris. Pengetahuan yang disampaikan oleh fasilitator banyak membantu meningkatkan keyakinan para peserta untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris

Selasa, November 03, 2009

Six Team Johan Empat Penjuru


Pasukan Six Team diwakili oleh murid perempuan tahun 6 berjaya melakar kejutan dengan kejayaan memenangi Pertandingan Bola Tampar 4 penjuru. Kejohanan ini adalah aktiviti yang dilaksanakan oleh Kelab Bola Tampar dibawah kendalian cikgu Rashdan. Kejayaan pasukan Six Team disifatkan sebagai amat memberangsangkan apabila menundukkan pasukan lelaki yang diwakili murid lelaki tahun 4 dan 5 dengan kiraan 30-16. Pasukan ini turut menundukkan dua pasukan lagi iaitu pasukan Malagantan United dan Kiandongo Wolf.

Jumaat, Oktober 09, 2009

Persahabatan 3 Penjuru

SK Imbak, SK Sogo-Sogo dan SK Kiandongo telah mengembleng tenaga untuk menjayakan perlawanan persahabatan sebagai persiapan Majlis Sukan Sekolah Zon Tongod.SK Sogo-Sogo telah dipilih sebagai lokasi pertandingan tersebut yang telah diadakan pada 9 Oktober 2009. Pasukan Bola Tampar (Wanita) sekolah ini telah tumpas dua set tanpa balas (2-0) kepada pasukan SK Imbak walaupun cuba bangkit pada set ke 2. Namun pasukan ini berjaya menebus kehampaan tersebut apabila berjaya kemenangan 2-1 menewaskan SK Sogo-Sogo.Manakala Pasukan Bola Sepak (Lelaki) sekolah mengalami kekalahan di dalam kedua-dua perlawanan. Dengan berbekal latihan 3 hari sebelum perlawanan ini bermula, kedua-dua pasukan perlu meningkatkan keupayaan diri untuk bersaing di peringkat lebih tinggi.

Jumaat, Oktober 02, 2009

Kem 1 Malaysia

Seramai 7 orang murid tahun 6 SK Kiandongo,Telupid telah terpilih untuk mengikut program Kem 1 Malaysia Siri 7 /2009 anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertempat di Kem Malangang. Program ini telah berlangsung mulai 28 September 2009 hingga 1 Oktober 2009 telah berjaya mengumpul hampir 300 orang murid dari seluruh pelusuk negeri Sabah khususnya membabitkan sekolah-sekolah yang diklasifikasi sebagai pedalaman 1 dan pedalaman 2. Bagi daerah Tongod/Telupid, sebanyak 8 buah sekolah turut menghantar murid untuk mengikut program dengan SK Sogo-Sogo - 6 orang, SK Kapuron (5), SK Menanam (5), SK Linayukan (5), SK Entelibon (2), SK Pekan Telupid (2) dan SK Pekan Tongod (2). Program yang berobjektif untuk menyatupadukan murid tanpa mengira etnik mahupun kaum. Di simpang itu, melalui program ini ianya bakal memberi pendedahan bermakna kepada murid-murid akan kemajuan yang dicapai di negeri Sabah khususnya dan Malaysia amnya.