Selasa, Mei 19, 2015

KEM LAMBAIAN ILMU 2015





Kem Lambaian Ilmu Kali ke-6, 2015 telah berjalan dengan lancar. Program yang berpusat di Sk.Sogo-Sogo pada 8hb Mei hingga 10hb Mei itu mengumpulkan seramai 189 orang peserta daripada 8 buah sekolah rendah. Program Anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling Zon Tongod ini (SK. Kiandongo, SK.Sogo-Sogo, SK. Pekan Tongod, SK.Keramuak,dan SK.Imbak) telah menjemput 3 buah sekolah dari zon lain iaitu SK.Linayukan, SK.Tampasak dan SK.Inarad. Ternyata kehadiran peserta jemputan ini ternyata menambahbaikkan lagi program yang telah dirancang.

Antara aktiviti utama program ini adalah Bengkel Kecemerlangan. Kesemua subjek teras diberikan masa selama 1 jam 30 minit untuk sesi kuliah dan 1 jam tambahan untuk sesi tutorial. Penceramah jemputan bagi setiap subjek adalah terdiri daripada guru-guru dan pegawai pelajaran daerah yang berkemahiran dengan subjek yang diberikan.

Seramai 16 orang fasilitator telah dijemput bagi membantu setiap aktiviti yang dijalankan. Fasilitator terdiri daripada pelajar-pelajar lepasan tingkatan 6, matrikulasi dan pelajar-pelajar tingkatan 5 SMK Tongod. Kesemua fasilitator ini bermalam di tapak lokasi sehingga tamat program.

Ice Breaking bersama Ketua Fasilitator Sdr. Felsyevyvron Laiwin



En. Marcelus menerima cenderama sebagai penceramah motivasi

Ckg Elson dalam Bengkel Kecemerlangan BM

Ckg Elson dalam Bengkel Kecemerlangan BM

Ckg Elson menerima cenderamata sebagai penceramah Bengkel BM

Duta Kecil

Duta Kecil

Team Building

"mereka" turut meminta satu slot

Slot BI meneka nama binatang

Slot BI meneka nama binatang

Sukaneka - Tiup Tepung

Sukaneka - isi air dalam botol

Sukaneka - isi air dalam botol

Ckg Masru bergaya di Slot Kapal Karam

Pn. Suriati menyelami peserta, bermain emosi dalam Slot Munajat di kaki langit..
Suasana hening ditemani sinar lilin (malam penghayatan)


Slot Munajat Di Kaki Langit (malam penghayatan)

Peserta tergamam melihat sekujur tubuh berbalut kain kapan 

bersalaman selepas malam penghayatan

seronok atau terpaksa...???

guru dan fasi berpossing
satu daripada 14 kumpulan yang telah melepasi

Fardillah (Merah) tidak tahan bau hanyir


"Rangkak Komandeo di air milo"

Fasilitator selepas tamat "Jungle tracking"

Peserta Perempuan Terbaik

Peserta Lelaki Terbaik

Cenderamata kepada perasmi (En. Aron Abel)

Barisan Fasilitator

Gambar beramai-ramai

Guru-guru Sk.Kiandongo datang menceriakan program


Tiada ulasan:

Catat Ulasan