Isnin, Mac 24, 2014

Zilwafrid Dapat Peluang Kedua

Zilwafrid Johnatun menjadi murid pertama sekolah ini yang berjaya mewakili Sandakan dalam Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Sabah. Pertandingan yang diadakan pada 1 - 3 Mac 2014 telah berlangsung di SK Padang Berempah , Sipitang. Zilwafrid sebelum ini sekadar menduduki tangga ketujuh dalam Kejohanan Catur MSSB Sandakan 2014 yang sekaligus meletakkan sekadar pemain simpanan. Hanya 6 pemain teratas dari setiap layak bertanding ke peringkat tertinggi. Namun demikian, Zilwafrid atau dikenali sebagai Kapit mendapat lampu hijau untuk bertanding ke peringkat apabila peserta yang berada di ranking keenam menarik diri. Dalam kejohanan MSSS ini , Kapit berjaya mencatat 2 kemenangan, 1 seri dan 4 kekalahan yang menyaksikan dia hanya sekadar meraih kedudukan ke 28 dari 36 peserta yang bertanding. Kejayaan Kapit layak ke pertandingan ini di peringkat negeri adalah salah satu catatan sejarah dalam pembabitan murid sekolah ini dalam sukan catur khususnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan