Isnin, Disember 02, 2013

Malam Seribu Kenangan 2013

Malam Seribu Kenangan (MSK) 2013 yang diadakan di Dewan Masyarakat Kg.Kiandongo Darat merupakan acara tahunan yang ditunggu-tunggu oleh segenap lapisan masyarakat Kampung Kiandongo dan Kampung Malagatan. MSK 2013 telah dijayakan dengan penuh warna-warni persembahan yang turut melibatkan beberapa mantan pelajar sekolah ini. 4 buah persembahan daripada mantan pelajar dimulakan dengan persembahan nyanyian gabungan tiga suara daripada Annalyn , Julletta dan Elsie,kemudian disulami dengan tarian daripada mantan pelajar tahun 6 2012 iaitu Shaflyn,Echlinah, Kartika, Kasliani dan Norjianah. Saudara Felsyevefron menghiburkan penonton dengan lagu Tetap Menantimu manakala Alfoy Dimo yang kini menuntut di SM Seni Kuching mendeklamasikan Sajak dan mendendangkan lagu Kenangan Terindah. MSK 2013 turut mengangkat Airolina Julis selaku pemenang Anugerah Guru Besar, Anugerah Ko-Kurikum (Wanita) dan Anugerah Kepimpinan. Buat julung kalinya, keputusan UPSR 2013 diumum dan dipapar kepada khalayak ramai dengan penuh kejutan bercampur baur dengan emosi. MSK 2013 telah ditangguh dengan rasmi oleh Encik Salleh Sabtan yang merupakan mantan Pengerusi JKKK Kampung Malagatan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan