Selasa, November 05, 2013

Hampir Dakap Kejuaraan Ketiga

Kecederaan abdomen yang dialami oleh Ferlent Philip pada saringan 100 meter menyebabkan beliau menarik diri dalam acara 200 meter, sekaligus membuka peluang SRK Pekan Tongod muncul juara keseluruhan edisi 2013 yang berlangsung pada 30-31 Oktober 2013 di Padang Kg. Imbak. Ferlent yang berjaya masa terpantas di kalangan semua peserta pada saringan 200 meter , terpaksa menarik diri ekoran mengalami kesakitan abdomen dan kesukaran bernafas berikutan jadual pertandingan dua acara saringan 1 acara 100 meter dan saringan 2 acara 200 meter yang terlalu hampir. Pada hari pertama Kejohanan Olahraga MSS Zon Tongod , SK Kiandongo dilihat begitu unggul apabila merangkul 5 Emas , 5 Perak dan 3 Gangsa dari 10 acara yang dipertandingkan. Dix Sagitan menjadi atlit pertama sekolah ini memenangi Emas dalam acara 80 m lompat pagar dan kejayaan tersebut dituruti oleh Elvira Matthew dalam acara yang sama. Dominasi sekolah ini diteruskan pada tiga acara padang apabila Zilwafrid Johnatun berjaya memperbaharui rekod sekolah dalam acara lompat tinggi dengan ketinggian 1.16 meter memadam catatan 1.14 meter yang dibuat oleh Vickry Rezali. Winnie Jimis dan Jirol Ginal mencatatkan kejutan apabila masing-masing memenagi emas dalam acara Lontar Peluru dan Lompat jauh. Pada hari kedua kejohanan, dengan misi 2 Emas 2 Perak dari 6 acara akhir yang dipertandingkan untuk memungkinkan kejuaraan keseluruhan menjadi milik sekolah ini. SRK Pekan Tongod seolah-olah berjaya memaku pelari-pelari sekolah ini apabila mengungguli kesemua empat acara berganti-ganti sekaligus memotong kedudukan pingat menjadi 7 Emas 3 Perak manakala SK Kiandongo sekadar 5 Emas 9 Perak. Dengan baki 2 acara , iaitu 100 meter Lelaki dan Perempuan yang menjadi taruhan terakhir. Ferlent Philip berjaya mengembali statusnya selaku Raja Pecut MSS Zon Tongod 2013 dan menjadi pungutan Emas sekolah ini beranjak ke angka 6. Elvieuna Jasmi yang diletakkan harapan tinggi untuk memastikan Emas ketujuh dilihat berpeluang 50-50 apabila berhadapan seterunya, Ally Jelika dari SRK Pekan Tongod. Namun demikian, Elvieuna hanya sekadar berpuas hati dengan pingat perak dengan ketinggalan perbezaan satu langkah dengan pencabar utamanya dan sekaligus memberikan Juara Keseluruhan untuk SRK Pekan Tongod dengan pungut 8 Emas, 4 Perak dan 2 Gangsa manakala SK Kiandongo sekadar 6 Emas, 10 Perak dan 3 Gangsa.

 


Dix pecah rekod 80m Lari berpagar dengan catatan 15.65s

Aksi Wellen dalam lompat tinggi

Lompatan Emas daripada Jirol Ginal


 Inilah barisan kita
 
PK Kokum, En. Jemsan menerima Bendera Kejohanan sebagai Tuan Rumah 2014
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan