Ahad, Oktober 20, 2013

Perkhemahan Unit Beruniform Tarik 45 Peserta

Seramai 45 orang murid sekolah ini telah menjadi kelompok pertama yang mengikuti Perkhemahan Unit Beruniform peringkat sekolah yang diadakan pada 11 hingga 12 Februari 2013. Perkhemahan ini diadakan buat julung kali di peringkat sekolah dengan penglibatan tiga unit beruniform iaitu Pengakap Kanak-Kanak (PKK), Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Sejumlah 45 orang peserta adalah meliputi 6 orang murid tahun 3, 17 orang murid tahun 4 , 14 orang murid tahun 5 dan 8 orang murid tahun 6. Program ini dimulakan dengan pembentukkan 5 buah kumpulan yang bertema nama haiwan iaitu Buaya, Kuda, Ular, Helang dan Serigala. Semangat kerjasama dan setiakawan di kalangan para peserta telah ditekankan dari sejak awal program ini dengan setiap kumpulan dikehendaki membina khemah menggunakan bahan-bahan dari tumbuhan. Beberapa aktiviti telah diaturkan dalam program ini seperti Pembunuh Bersiri, Malam Pungguk, Membina Gajet, Kembara Hutan, Merempuh Halangan, Pertandingan Memasak dan Persembahan Berkumpulan. Kebanyakkan para murid berjaya mengharungi aktiviti - aktiviti yang diadakan dengan sebaik mungkin. Kumpulan Ular telah menjadi Johan Keseluruhan selepas berjaya mengumpul token melebihi RM1500.

Membuat bendera kumpulan



Membina Khemah

Latihan Dalam Kumpulan

Kembara Hutan dan Merempuh Halangan

Merempuh Halangan - Merangkak

Merempuh Halangan - Spider Web

Pertandingan Memasak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan