Sabtu, Mac 16, 2013

Adely Dinobatkan Olahragawan MSSD 2013

Adely Aim pelajar tingkatan 3 SMK Tongod dan merupakan bekas pelajar di sekolah ini terus menjadi kebanggaan Kampung Kiandongo apabila dinobatkan Olahragawan Kejohanan Trek dan Padang MSSD Tongod (Telupid) 2013 kategori Lelaki 15 Tahun. Beliau yang dianggap wira pasukan Zon Tongod apabila menyumbang 1 emas berpasukan dan 3 emas individu dalam acara 100m , 200 m dan 400 m. Ketiga-tiga acara tersebut, beliau berjaya mencatat rekod baru kejohanan dengan kepantasan 11.40 saat dalam acara 100 meter dan 23.40 saat dalam acara 200 m. Kesemua rekod yang dicatatkan oleh beliau adalah jauh lebih baik jika dibandingkan pencapaian dalam kategori lelaki bawah 18 tahun. Beliau juga berjaya membantu kuartet 4x400 m Zon Tongod memenangi emas. Sementara itu MSS Zon Penangah berjaya menjadi Johan Keseluruhan buat julung kalinya dengan dibezakan hanya 1 pingat emas. Kejohanan yang diadakan buat kali keempat ini adalah yang paling menarik dari segi pungutan pingat apabila persaingan perebutan ditentukan melalui acara terakhir iaitu 4X400m kategori lelaki 18 tahun dengan Zon Penangah muncul pemenang dalam acara tersebut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan