Sabtu, Mei 19, 2012

Sukaneka Hari Guru 2012

Guru-Guru SK Kiandongo bersama kakitangan sekolah ini telah bergabung program sambutan Hari Guru yang lebih menjurus kepada keseronokan. Selepas bertungkus lumus selama 4 hari dalam peperiksaan , sekolah ini telah mengadakan program sukaneka bersempena Hari Guru yang baru disambut pada 16 Mei 2012. Sebanyak 8 kumpulan telah dibahagikan , melibatkan 11 hingga 12 orang bagi setiap kumpulan . Nama-nama kumpulan dipilih dari nama - nama haiwan seperti Seladang (Tambadau), Pelanduk (Palanuk), Labah-Labah (Korut), Ayam Belanda (Toruki), Musang (Tomuning), Ular Senduk (Tomomuo), Tenggiling (Belukung), Lipan (Rampagas). Sebanyak 9 acara yang dipertandingkan iaitu Pancing Ikan, Isi Air Dalam Botol, Lari Kepit Bola, Tiup Tepung, Hantar Getah Guna Straw, Makan Biskut Tergantung, Tarik Tali, Tiup Belon dan Bawa Bola Ping Pong Gina Sudu. Secara keseluruhan , pasukan Seladang yang memakai lilitan merah telah memenangi 2 daripada 9 acara yang dipertandingkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan