Isnin, Mac 12, 2012

SK Kiandongo Baham SK Sogo-Sogo

Pada 5 Mac 2012, pasukan bola jaring SK Kiandongo yang kembali berjinak-jinak dalam sukan ini dengan mengadakan perlawanan persahabatan dengan SK Sogo-Sogo setelah kali terakhir terlibat aktif pada 2004 di bawah kendalian Cikgu Josphine. Namun sejak pemergian beliau ke negeri Sarawak, pasukan bola jaring sekolah ini hanyut tanpa nakhoda. Bermula tahun 2011, pasukan bola jaring dikendali Puan Anitah sambil dibantu oleh guru-guru lelaki. Pada perlawanan persahabatan yang diadakan di Padang SK Kiandongo telah menyaksikan pasukan ini menewaskan pasukan SK Sogo-Sogo dengan 27-0. SK Kiandongo telah mendahului 16-0 pada separuh masa pertama. Perlawanan ini diadakan bagi mempersiapkan pasukan sekolah terhadap pertandingan peringkat daerah Tongod (Telupid) di Dewan SMK Telupid



Tiada ulasan:

Catat Ulasan