Ahad, November 20, 2011

BM Kefahaman Catat Peningkatan

Tanggal 17 November 2011 menyaksikan satu lagi detik suram kepada warga pendidik di sekolah apabila hanya seorang murid sahaja yang berjaya lulus dalam UPSR 2011. Seramai 18 orang calon telah hadir untuk mengambil peperiksaan tersebut namun hanya saudari Julletta Ruth Koh sahaja yang mencapai tahap lulus dengan memperolehi 2A 3C. Walau bagaimanapun keputusan Bahasa Melayu Kefahaman mencatat peningkatan apabila mencapai 88.89% kelulusan iaitu meningkat 3.17% dengan bilangan murid yang mendapat A subjek tersebut adalah 2 orang . Manakala subjek Bahasa Melayu Penulisan merudum 6.35%, Matematik dan Bahasa Inggeris merosot 15.87% serta Sains jatuh sebanyak 4.44%. Keputusan Gred Purata Sekolah pada tahun ini adalah 3.49 berbanding tahun 2010 iaitu 2.97. Pihak sekolah telah mengambil langkah terbaik termasuk mengadakan kelas tambahan pada waktu malam selama 3 minggu menjelang UPSR namun keputusan masih kurang memberangsangkan walaubagaimanapun terdapat beberapa murid menunjukkan peningkatan. Misalnya Edisman Salim bekas murid pemulihan khas muncul murid lelaki terbaik apabila memperolehi 1B,3C dan 1D. Seramai 6 orang murid mencatat keputusan Miss Lulus apabila hanya gagal subjek Bahasa Inggeris.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan