Khamis, September 29, 2011

Blue Warrior Dominasi Acara Futsal, Bola Jaring dan Sepaktakraw

Setelah menjuarai acara Bola Tampar Kategori Lelaki dan Wanita,dominasi pasukan Blue Warrior di dalam Karnival Ko-Kurikulum diteruskan dalam acara Futsal (Lelaki dan Perempuan), Bola Jaring dan Sepaktakraw . Pasukan Futsal Lelaki Blue Warrior dilihat begitu unggul apabila memenangi semua perlawanan dengan jayanya apabila menundukkan Red Hunter 2-0, Green Shooter 3-0 dan menewaskan Yellow Thunder dengan 2-1. Berbeza dengan pasukan wanitanya yang ditundukkan oleh Yellow Thunder dengan jaringan 4 gol tanpa balas, pasukan tersebut masih kelihatan gagah untuk mengungguli acara Futsal wanita apabila menang dengan perbezaan gol berbanding dengan pasukan Red Hunter.Manakala bagi acara bola jaring, sumbangan 14 gol oleh saudari Norjianah Aim telah membantu pasukan Blue Warrior menjadi johan Bola Jaring setelah menang kesemua perlawanan iaitu menang 6-1 dengan Green Shooter,menewaskan Red Hunter 6-5 dan menang 5-1 ke atas Yellow Thunder . Sementara itu, pasukan Blue Warrior A yang mengandingkan Jainus, Zilwafrid dan Aeron telah menewaskan pasukan Red Hunter B yang dianggotai oleh Zac falcather, Sulnin dan Alexsius dalam saingan perlawanan akhir sepaktakraw dengan keputusan 2-1.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan