Jumaat, Februari 25, 2011

Melson, Jainus Bantu Kejayaan Zon Tongod

Melson Ascung dan Jainus Maika, dua orang murid sekolah ini telah berjaya membantu pasukan Bolasepak Zon Tongod muncul juara pertandingan Bolasepak Peringkat Daerah Tongod (Telupid)Bawah 12 Tahun. Saudara Melson Ascung yang bertindak selaku penjaga gol turut dinobatkan selaku penjaga gol terbaik pertandingan. Kedua-dua mereka ini turut terpilih menyertai ujian pemilihan pemain bagi mewakili Daerah Tongod (Telupid). Kejayaan pasukan ini muncul juara pada edisi kali ini adalah kejayaan dua tahun berturut-turut dan sekaligus meneruskan deretan kemenangan zon ini bagi permainan bawah 12 tahun. Yang sebelum ini telah muncul juara permainan bola tampar lelaki dan perempuan serta permainan badminton.Pertandingan pada kali ini telah diadakan di padang SK Sogo-Sogo yang berlangsung dalam keadaan padang yang kurang memuaskan disebabkan faktor cuaca yang kurang mengizinkan. Pasukan ini telah berjaya menewaskan Zon Telupid, 3-0Zon Sapi 1-0 dan Zon Entilibon 3-0. Namun ditumpaskan oleh Zon Penangah 1-2 pada perlawanan terakhir. Saudara Delly Thomas,dari pasukan Zon Tongod turut dijulang sebagai penjaring terbanyak dengan 4 jaringan.Sementara pada itu,kategori bawah 15 Tahun Zon Tongod dan Zon Entilibon telah muncul juara bersama. Bagi Kategori Bawah 18Tahun, Zon Tongod memprolehi tempat kedua di belakang Zon Telupid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan