Jumaat, Februari 26, 2010

Program LINUS Cabaran Baru Pendidikan




Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) merupakan salah satu cabaran baru buat warga pendidikan bagi menjayakan NKRA atau Nilai Keberhasilan Utama Kebangsaan. Program ini menetapkan sasaran 100% kepada murid tahap 1 untuk menguasai kebolehan membaca dan mengira. Sebagai permulaan dua orang sekolah, iaitu Cikgu Mohd Rashdan Hafiz dan cikgu Vincent Sintia telah dihantar ke kursus tersebut yang diadakan di Hotel Swiss Inn (Matematik) dan Hotel Sandbay (Bahasa Melayu). Program ini telah berlangsung serentak pada 22 - 24 Februari 2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan