Sabtu, November 21, 2009

Pencapaian UPSR SK Kiandongo Meningkat



SK Kiandongo berjaya mencatatkan keputusan UPSR dengan keputusan yang cukup membanggakan dengan semua mata pelajaran meningkat. Bahasa Malaysia Penulisan mencatatkan peningkatan yang cukup mendadak daripada 57.1% kepada 93.33%, begitu juga subjek Matematik daripada 57.1% kepada 80.0% manakala Sains daripada 21.4% kepada 46.67%, Bahasa Inggeris meningkatkan 20% dan Bahasa Malaysia Pemahaman daripada 78.5% kepada 80.0%

Tiga Pelajar Leburkan Rekod


Tiada yang lebih mengembirakan kami sebagai seorang guru, apabila tiga pelajar, Verlin Lilip, Jienecy Jibin dan Elze Peter dari sekolah ini menghadiahkan kejayaan yang membanggakan itu di dalam peperiksaan UPSR setelah berjaya lulus dan turut memperolehi A di alam satu atau dua subjek. Saudari Verlin seperti didugakan berjaya memperoleh 2A, 2B dan 1C, sekaligus muncul murid terbaik SK Kiandongo. Kejayaan mereka bertiga ini sekaligus memadam mimpi buruk sebelum ini.

Jumaat, November 20, 2009

Malam Seribu Kenangan Penutup 2009



SK Kiandongo melabuhkan tirai tahun 2009 dengan mengadakan program Malam Seribu Kenangan pada 19 November 2009 yang lalu. Malam disifatkan penuh bererti buat Cikgu Moses Koh dan murid-murid Tahun 6 kerana mereka semua bakal meninggalkan sekolah ini dengan satu nostalgia sama ada bersara wajib mahupun melangkah ke sekolah menengah. Program yang dirasmi oleh Ketua Unit Pembangunan Manusia PPD Tongod, Encik Stephen Radin @ Azmi telah dihadiri lebih 200 orang melibatkan penduduk Kampung Kiandongo dan Kampung Malagaktan Kecil. Pelbagai persembahan telah diselit seperti dikir barat, tarian sumazau, tarian aerobik,lakonan video dan persembahan slaid telah dipersembah dengan jayanya dan mendapat pujian ramai. Sementara itu, Yang Diraikan, Cikgu Moses adalah 3 orang individu yang bertanggungjawab terhadap pembukaan SK Kiandongo pada 1989. Beliau yang telah menjadi sejak 33 tahun lalu, pernah menjawat jawatan Guru Besar SK Saguan ketika menjadi orang bertanggungjawab membuka sekolah tersebut. Buat Cikgu Moses, kami mengucapkan Selamat Bersara

Khamis, November 19, 2009

46 Sertai Kem Kepimpinan Pelajar




SK Kiandongo di bawah selenggaraan unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan program Kem Kepimpinan Pelajar pada 2 hingga 4 November 2009 yang bertempat di Pejabat Perhutanan Daerah Tongod. Program yang melibatkan penyertaan 46 orang murid tahap 2 ini adalah berobjektifkan untuk menerapkan nilai-nilai kepimpinan sejak dari bangku sekolah. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini adalah pertama kali diadakan. Beberapa aktiviti bersifat motivasi dan latihan dalam kumpulan diadakan bagi menekankan aspek kerjasama sepasukan, bertolak ansur dan hormat-menghormati. Sementara itu Alfoy Dimo dan Jienecy Jibin telah dipilih sebagai peserta terbaik bagi kategori lelaki dan perempuan. Diharapkan program ini akan diteruskan pada masa akan datang.

Khamis, November 05, 2009

SK Kiandongo Mengigit di MSZT




Berslogankan 'Biar Sedikit Tetap Mengigit', SK Kiandongo telah berjaya merangkul naib johan keseluruhan Kejohanan Majlis Sukan Zon Tongod edisi pertama yang telah dilangsungkan pada 2 hingga 4 November 2009. Kejohanan ini yang melibatkan penyertaan 6 buah sekolah sekitar daerah Tongod dengan SK Pekan Tongod menjadi tuan rumah buat edisi pertama ini. Kejayaan meraih tempat ke 2 ini, disifatkan kejayaan yang amat luar dugaan kerana SK Kiandongo merupakan sekolah yang mempunyai bilangan murid yang kedua paling sedikit selepas SK Kenang-Kenangan. Kejayaan meraih 3 Emas dalam acara 100 Meter lelaki menerusi Adely Aim, Lompat Jauh Lelaki (Alfoy Dimo) dan Lompat Jauh perempuan (Suhailin Lasius)telah banyak membantu pencapaian sekolah ini. Di samping itu, Adley Aim telah dinobatkan Olahragawan MSZT dengan merangkul 1 Emas dan 4 perak menerusi acara Lompat Jauh, 200M, 4 X 200M dan 4 X 100M. Bagi edisi kedua SK Sogo-Sogo dan SK Kiandongo telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bersama.

Peperiksaan Akhir Tahun 2009

SK Kiandongo telah melangsungkan peperiksaan akhirnya pada tahun ini bermula 26 hingga 30 Oktober

Mesyuarat PIBG SK Kiandongo

PIBG SK Kiandongo telah mengadakan mesyuarat buat pertama kali pada tahun ini. Mesyuarat ini telah berlangsung di Kelas tahun 3 telah diadakan pada 16 Oktober 2009 dengan tujuan membuat pendaftaran semuala ahli baru dan ahli lama bagi menjadikan pertubuhan ini dapat didaftarkan.

Syoknya ! Lambaian Api-api



Seramai 5 orang murid sekolah ini telah dipilih untuk mengikut program Extra Curricular atau lebih dikenali sebagai Lambaian Api-api pada 22 hingga 25 Oktober 2009. Sekolah ini telah diwakili oleh Alfoy Dimo, Adley Aim, Zikhrius Jalius, Marliana Ascung dan Prisclla Petrus sambil diiringi oleh Cikgu Mohd Rashdan. Program yang berlandaskan untuk mendekatkan diri murid dengan suasana bandar dan pembangunan negeri Sabah banyak membuka minda murid khususnya di bahagian pedalaman. Program pada kali ini menyaksikan kehadiran 281 orang murid dengan melibatkan 3 daerah iaitu Telupid, Sipitang dan Kota Kinabalu. Sebanyak 6 lokasi lawatan telah dipilih sebagai pengisian program ini iaitu Galeri Tun Mustafa, Galeri UMS, Muzium dan Aquariam UMS,Kilang Susu SID, Zoo Lok Kawi dan Muzium Negeri Sabah. Program dibawah kendalian Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah telah dilaksanakan di Hotel Airport View, Kota Kinabalu dan ini memberi peluang kepada para murid untuk merasai nikmat bermalam di hotel.

English in Camp kumpul 140 orang murid

Program English in Camp pada 16 hingga 18 Oktober di bawah kendalian PGSR Bahasa Inggeris Daerah Tongod (Telupid) telah berjaya dilaksanakan dengan melibatkan kehadiran 29 buah sekolah rendah. SK Kiandongo telah menghantar 10 peserta dengan diiringi oleh Cikgu Susan Lagayan untuk ke program ini sebagai satu usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan komunikasi mereka dalam Bahasa Inggeris. Pengetahuan yang disampaikan oleh fasilitator banyak membantu meningkatkan keyakinan para peserta untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris

Selasa, November 03, 2009

Six Team Johan Empat Penjuru


Pasukan Six Team diwakili oleh murid perempuan tahun 6 berjaya melakar kejutan dengan kejayaan memenangi Pertandingan Bola Tampar 4 penjuru. Kejohanan ini adalah aktiviti yang dilaksanakan oleh Kelab Bola Tampar dibawah kendalian cikgu Rashdan. Kejayaan pasukan Six Team disifatkan sebagai amat memberangsangkan apabila menundukkan pasukan lelaki yang diwakili murid lelaki tahun 4 dan 5 dengan kiraan 30-16. Pasukan ini turut menundukkan dua pasukan lagi iaitu pasukan Malagantan United dan Kiandongo Wolf.