Jumaat, Ogos 28, 2009

Cuti Sekolah

Cuti Pertengahan Penggal Ke 2 dan Cuti Hari Kebangsaan Ke 52 akan berlangsung mulai 22 hingga 31 Ogos 2009. Serentak dengan itu juga,ianya juga bermulalah bagi umat Islam berpuasa. Selamat berpuasa

Ahad, Ogos 16, 2009

Masak-Masak Bersama Pengakap


Unit Beruniform Pengakap SK Kiandongo meneruskan aktiviti mingguan. Pada perjumpaan ke 10, pasukan ini telah mengadakan aktiviti memasak nasi menggunakan buluh dan juga buah kelapa. Seramai 16 orang murid telah menjayakan aktiviti pada kali ini. Aktiviti ini telah berlangsung pada 15 Ogos 2009 bertempat berhampiran dengan Pondok Taman Kasturi. Program ini adalah berobjektif untuk memantapkan pengetahuan murid-murid tentang cara-cara memasak di hutan khususnya apabila aktiviti perkhemahan berlangsung kelak.

Carta Organisasi SK Kiandongo 2009

Program Kibar Jalur Gemilang




Kempen mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke 52 telah dijayakan dengan begitu meriah di sekolah ini.Walaupun di dalam suasana kedaifan bangunan dan prasarana kemudahan, Sekolah Kebangsaan Kiandongo tetap berupaya mengibarkan Jalur Gemilang bagi memeriahkan sambutan kemerdekaan pada tahun ini.

Dewan Kiandongo Darat Siap

Kampung Kiandongo Darat amat bertuah apabila bakal menerima sebuah kemudahan dewan serbaguna yang berukuran 40 kaki x 70 kaki. Projek pembinaan dewan tersebut telah dimulakan awal bulan Julai lalu kini sudah siap sepenuhnya. Kos pembinaan dewan yang dianggarkan bernilai RM 120,000 hingga RM 150,000 bakal merancakkan lagi aktiviti kemasyarakatan di kampung ini. Kemudahan ini juga bakal dikongsi bersama dengan Sekolah Kebangsaan Kiandongo berdasarkan kedudukan dewan ini yang begitu hampir dengan kawasan sekolah.