Sambutan hari merdeka yang berlangsung sepanjang hari ini telah menyajikan pelbagai aktiviti yang dipertandingkan. Antaranya termasuklah pertandingan bercerita, mendeklamasi sajak dan Kuiz kemerdekan, Spelling Bee dan persembahan kelas. Sebelum ini, telah di adakan lebih awal adalah pertandingan piala 100% 6A Merdeka, mewarana dan melukis poster merdeka serta pertandingan menulis esei.
|
kaunter pendaftaran ibubapa |
|
Ckg Heldee - Juruteknik program |
|
Ckg VIncent dan Ckg Aizuddin (Pengarah Program) |
|
Dari kiri En. Aim Ansang (JKKK Kg.Kiandongo) En. Mian Tampulong (Guru Besar Sk.Kiandongo) dan En.Laiwin Mahir (YDP PIBG Sk.Kiandongo) |
|
Barisan Juri Pertandingan mendeklamasi sajak |
Pentas merdeka dibuka dengan pertandingan bercerita Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Semua peserta telah tampil dengan penuh semangat dan gaya tersendiri. Kebanyakan cerita yang diceritakan adalah kisah-kisah cerita yang dipetik daripada buku-buku cerita kanak.
|
Alya Hafizah Bt Mohd Hafiz - Juara |
|
Angeline Pascual - Tempat kedua |
|
Wellnah Matturis - Tempat ketiga |
Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris
|
Dwi Shazlina Bt Armon - Juara |
|
Angeline Pascual JR - Tempat Kedua |
|
Phillip Johnatun - Tempat ketiga |
Kemudian di susuli dengan pertandingan mendeklamasikan sajak. Di sini, peserta terpaksa bermain dengan emosi untuk melahirkan rasa bertuah dalam dirinya, menghidupkan semangat kepahlawanan serta kebanggaan berada di bumi Malaysia.
|
Cerlistie Vincent - Juara |
|
Agnes Taliba - Tempat kedua |
|
Jeseyquliana - Tempat ketiga |
Pertandingan Kuiz Kemerdekaan menyusul selepas itu. Peserta telah dibahagikan kepada 3 kumpulan. Dua orang mewakili setiap kumpulan. Beberapa soalan mengenai kemerdekan telah diberikan oleh Ckg Vincent.
Kemudian, 10 orang peserta telah terlibat dengan pertandingan Spelling Bee. Acara ini dikendalikan oleh Ckg Bobby. Beliau telah memberikan beberapa perkatan dalam Bahasa Inggeris untuk dieja oleh setiap peserta. Peserta yang gagal mengeja dengan betul akan disingkirkan.
|
Wellnah mengeja perkataan yang diberikan |
|
peringkat separuh akhir. hanya tingga 3 orang peserta |
|
Peringkat akhir. Phillip menjuarai pertandingan Spelling Bee |
Acara seterusnya adalah pertandinagn antara kelas. Secara keseluruhan, semua kelas telah terlibat dan mengambil bahagian. Keseluruhan kelas memilih persembahan secara nyanyian koir. Namun, Kelas tahun 5 telah memilih untuk menggabungjalinkan beberpa jenis persembahan sehingga menarik hati penonton dan mencuit hati pihak juri.
|
Tahun 5 - Juara |
|
Tahun 5 - Juara |
|
Tahun 6 - Tempat ke-2 |
|
Tahun 4 - tempat ke-3 |
|
Tahun 1 - Tempat Ke-4 |
|
Tahun 3 - Tempat Ke-5 |
|
Tahun 2 - Tempat ke-6 |
Majlis penangguhan telah dijalankan sekitar jam 1 petang. 2 ekor burung Kakak Tua telah dibebaskan dari sangkarnya sebagai simbolik kemerdekaan. Dalam ucapan Guru Besar En. Mian Bin Tampulong, beliau menegaskan bahawa semua pihak perlulah menanam rasa kecintaan terhadap tanahair. Kemerdekaan yang dikecapi pada hari ini bukanlah perkara yang mudah. Suatu ketika dahulu, harga kemerdekaan ini terpaksa ditukar dengan darah dan airmata. Ramai pahlawan-pahlawan negara yang telah terkorban hanya untuk mendapapatkan erti sebuah kemerdekaan.
|
En. Mian Tampulong - Ucapan Perasmian |
|
Burung Kakak Tua |
|
Hamper untuk pemenang |
|
Hadiah untuk setiap pemenang |
|
Gimik perasmian membebaskan Burung Kakak Tua |
Akhir aktiviti hari ini, adalah penyampaian hadiah kepada para pemenang dan disudahi dengan nyanyian lagu patriotik 31 Ogos.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan