Jumaat, September 02, 2016

Majlis Restu UPSR 2016

Kelmarin (1 Sept 2016) telah berlangsung Majlis Restu UPSR bagi murid-murid yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini. Majlis yang diadakan menghampiri senja ini bukan sahaja dihadiri oleh guru besar dan YDP PIBG malah turut serta timbalan pegawai PPD Telupid iaitu En. Jamain Bakut bersama dengan En. Lino Leoncio. Kehadiran mereka telah menjadikan majlis ini lebih bermakna.






Majlis dibuka dengan ucapan daripada YDP PIBG En.Laiwin Mahir. Beliau megucapkan berbanyak terima kasih kepada semua guru-guru yang telah banyak berkorban masa, tenaga bahkan wang ringgit mendidik dan membimbing murid sejak daripada tahun 1 hinggalah mereka tahun 6. Bnyak aktiviti yang telah dijalankan dan ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru. kini, terpulangkah kepada mereka untuk membuat yang terbaik dalam UPSR.


En. Laiwin Mahir YDP PIBG



Guru besar dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran timbalan pegawai PPD yang turut serta pada petang ini. Ini merupakan satu sokongan moral yang baik ditunjukkan kepada pihak sekolah walaupun bergelar SKM. Kehadiran mereka sudah pasti akan memeriahkan lagi Majlis Restu UPSR yang diadakan. Menurut beliau, walaupun sekolah tidak menaruh harapan yang tinggi, namun semua warga sekolah mendoakan agar murid-murid yang bakal menduduki ujian pada tahun ini lulus dengan cemerlang dan seterusnya mengharumkan nama ibu bapa dan sekolah.

En. Mian Tampulong ( Guru Besar Sk.Kiandongo)


Selain itu, En.Lino yang hadir bersama turut memberikan kata semangat kepada semua ibu bapa, guru-guru dan murid-murid tahun 6. Beliau yang berasal dari Kg Entilion menceritakan kisah hidupnya suatu ketika dulu penuh dengan keperitan. Malah, beliau pernah berputus asa dalam hidupnya untuk tidak meneruskan persekolahannya. Namun, kasih ibunya terhadap dirinya begitu tinggi menggunung. Ibunya sentiasa memberinya harapan dan peluang sehingga dia berubah dan berjaya mencapai cita-citanya.  Maka itu dalam ucapannya, beliau menyeru agar semua ibu bapa memberi peluang kepada anak-anak mereka untuk membuktikan kemampuan mereka dan sentiasa berdoa untuk kejayaan mereka.


En. Lino Leoncio (Pembantu Pegawai PPD Tongod, Telupid)



Mengakhiri ucapan pada majlis ini, Timbalan PPD En. Jamain Bakut memberi sedikit semangat dan kata peransang buat semua warga sekolah, khususnya murid-murid tahun 6. Dalam ucapannya, beliau menyentuh tentang perancangan pihak kementerian untuk mewujudkan PPD Tongod. Antara perkara yang menjadi pertimbangan adalah tahap pencapaian "band" yang ditunjukkan oleh setiap sekolah. Sk.Kiandongo dilihat sekolah yang menyumbang kepada "band" yang baik. Maka itu, beliau berharap agar kecemerlangan itu diteruskan. Beliau dalam ucapannya yang terakhir merestui dan mendoakan agar semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun ini lulus dengan cemerlang.

En. Jamain Bakut (Timbalan PPD Tongod, Telupid)







Majlis diteruskan dengan sesi salam restu. Murid-murid bersalaman dengan semua ibu bapa dan guru-guru untuk memohon maaf di atas segala keasalahan dan mendapatkan restu mereka sebelum melangkah ke dewan peperiksaan.









Penghujung majlis ini, tetamu dijamu dengan sedikti juadah yang disediakan.




Majlis bergambar diadakan sebagai kenangan buat semua yang hadir. Selamat berjaya untuk semua calon-calon UPSR tahun ini.


Simbolik 6A ditunjukkan menggunakan jari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan