Khamis, Ogos 18, 2016

Atap Terbang, Hujan Melimpah Masuk

Jam menunjukkan sekitar pukul 8.12 minit malam. kelihatan tabir kelas pemulihan (tempat aku mengajar) berterbangan ditiup angin. Guruh petir sabung-menyabung. tidak lama kemudian, air hujan melimpah masuk ke kelas membasahi laptopku dan beberapa helaian kertas yang berada di atas meja. cepat-cepat aku menutup rapat saki-baki tingkap yang terbuka sedikit. Tidak lama kemudian, semua lampu sekolah padam. BLACKOUT!. kelas malam terpaksa ditangguhkan.

Aku dan beberapa orang muridku bergegas keluar melihat keadaan di luar sekolah. Beberapa orang guru sedang meninjau kerosakan yang melanda rumah mereka. Aku tertawa seketika melihat musibah yang melanda mereka di tengah malam ini. Kulihat beberapa titik air jatuh ke lantai. Ada yang mengalir melalui dinding sehingga wujud kolam dalam rumah. Ckg Aizuddin menyuruh aku naik ke atas, melihat apa yang berlaku.

Rupanya di tingkat atas lebih teruk, ibarat togkang pecah. Separuh atap rumah telah terbang ditiup angin kencang. Hujan lebat yang turun telah membasahi hampir keseluruhan rumah. Bilik Ckg Aizuddin dan Ust Khairul Adham tidak dapat lagi digunakan untuk tidur malam ini. Semua pakaian dan katil basah kuyup. beberpa peralatan elektrik juga turut basah. Aku sempat bertanya tempat tidurnya.. dia kata, malm ini terpaksa tidur di perpustakaan. Suasana hiba dan sedih terpancar diraut wajah guru berkenaan. Tidak lama kemudian, kedengaran kenderaan exora datang ke sekolah. ya, tidak syak lagi. itu adalah guru besar.

Inilah cerita yang sempat aku ceritakan. Semoga rumah ini segera dibaiki untuk keselesaan guru-guru di sini.

air menitis daripada siling rumah


lantai yang basah kuyup


Ust Khairul dan Ckg Aizuddin menunjukkan keadaan rumah mereka


ruang dapur



lensa kamera sempat merakam kilat daripada siling rumah yang terbuka

keadaan lantai rumah tingkat bawah


air turut menitis daripada siling rumah


lantai rumah yang digenangi air hujan

keadaan sekolah yang "blackout" murid tidak dapat meneruskan kelas malam

Pandangan dari sisi menunjukkan sebahagian atap bumbung rumah sudah tiada


Guru Besar (En.Mian Tampulong) sempat datang melawat skolah

guru besar dan kakitangan sekolah tidak mampu berbuat apa-apa. Tunggulah esok hari

Pandangan hadapan rumah. Angin datang dari arah depan rumah dan menerbangkan atap rumah buat kali kedua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan