Ahad, Oktober 15, 2017

SUKAN SEKOLAH : Rajawali Terbang Tinggi





Majlis Sukan Sekolah Sk Kiandongo telahpun melabuhkan tirainya pada hari ini. Seperti biasa, sebanyak 9 acara sukan telah dipertandingkan untuk dua kategeri lelaki dan perempuan. Ini menjanjikan sebanyak 18 pingat emas keseluruhan. 4 rumah sukan iaitu RAJAWALI, KASAWARI, CENDERAWASIH DAN KENYALANG telah menurunkan jaguh-jaguh sukan mereka bagi merebut setiap pingat yang dipertandingkan.

Sukan yang diadakan pada kali ke-9 tahun ini, telah diadakan di Padang Sekolah SK Kiandongo. Selama 9 tahun secara rasminya, padang ini telah melahirkan ramai jaguh-jaguh sukan daripada kalangan pelajar yang mewakili sekolah sehingga ke peringkat negeri. Sedihnya, ini merupakan tahun terakhir sukan di adakan di padang ini sebelum ia berubah wajah (dijangka pada tahun hadapan) menjadai tapak sekolah yang baru.

Banyak cerita suka dan duka telah terpatri di padang ini, demikian kata YDP PIBG Sk Kiandongo En. Laiwin Mahir yang merasmikan kejohanan sukan pada tahun ini.

Setelah 2 hari mengumpul pingat, akhirnya tirai sukan ditutup hari ini. Rumah sukan Rajawali (Rumah Kuning) telah bergelar sebagai juara keseluruhan setelah berjaya membolot 7 pingat emas, 4 perak dan 4 juga pingat gangsa. Malang bagi Rumah Sukan Kenyalang (Rumah Biru) kerana tidak dapat mempertahankan kejuaraannya pada tahun 2015 dan 2016 setelah paruhnya dipatahkan kembali oleh Rajawali pada tahun ini. Rumah Sukan Kasawari dan Cenderawasih masing-masing berada di tempat ketiga dan keempat.  Satu kejutan yang berlaku pada tahun ini apabila Rumah Kuning menampilkan atlit baru yang akhirnya dinobat sebagai Olahragawati setelah 4 tahun di sekolah tidak menyumbang apa-apa pingat di dalam sukan. Namu pada tahun ini setelah berada di tahun 5, adik ini telah berjaya mendapat 2 pingat emas melalui acara peribadinya 100m dan 200m beserta acara 4 X 200m. Olahragawati yang dimaksudkan adalah adik MADALYN JULIN. Tahniah diucapkan kepadanya.

Khairul Hafiz Jantan, itulah nama yang sering disebutkan bagi merujuk kepada dirinya. Adik muda berusia 10 tahun ini begitu bersemangat dalam acara balapan kegemarannya 100m dan 200m. Akhirnya, dia berjaya membolot kedua-dua emas bagi acara ini. Atlit yang dimaksudkan ini adalah Adik Max Heral Ivan Mas daripada Rumah Cenderawasih (Rumah Merah). Dia juga berjaya mendapat emas bagi acara 4 X 200m dan perak bagi acara 4 X 100 meter. Max Heral Ivan Mas kemudian dengan rasminya dinobatkan sebagai Olahragawan Majlis Sukan Sekolah SK Kiandongo pada tahun 2017.


















































Fikawelin Johan Lompat Tinggi Perempuan

LAiredson Johan LOmpat Tinggi Lelaki

Johan Lontar Peluru

Fannelyn Johan Lontar Peluru Perempuan

Helmah Johan Lompat Jauh Perempuan

Lauredson Johan Acara Lompat Jauh

Madalyn Juara Acara 100M Perempuan

Ivan juara acara 100m Lelaki

Evey Fikawelin Juara acara 80M Lari berpagar

Alixander Albert Juara 80m Lari Berpagar Lelaki

Rumah Hijau Juara Acara 4X200M

Rumah Kuning Juara Acara 4X200M Lelaki



























Ucapan Guru Besar En Mian Tampulong


En Laiwin Mahir Merasmian penangguhan MSS Sk Kiandongo kali ke 9, 2017



Kedudukan pingat di hari terakhir

Rumah Kuning (Rajawali) Juara Keseluruhan

OLAHRAGAWAN

OLAHRAGAWATI
OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan