Pada tahun ini, GPS sekolah diharap akan dapat mencatatkan penurunan positif ke arah 2.30 setelah sebelumnya (2014) mencatatkan 2.45. Hasil perbincangan menerangkan bahawa, penurunan GPS banyak dipengaruhi oleh pihak pentadbir sekolah sementara penurunan GPMP banyak dipengaruhi oleh peranan guru-guru matapelajaran.
Berikut merupakan KPI GPMP bagi setiap matapelajaran bagi tahun 2015.
BMK 2.10
BMP 1.41
BI 2.95
MT 2.55
SN 2.50
Kejayaan sekolah banyak bergantung pada tahap kesungguhan dan daya usaha daripada semua pihak khususnya guru dan murid. Jika tercapai KPI tersebut, maka sekolah akan melonjak ke "band 3'. Apapun, semoga program kolaboratif ini telah memberi sedikit suntikan semangat buat semua guru-guru matapelajaran khususnya untuk membuat yang terbaik bagi "kemenjadian" setiap murid. Bertemu di puncak kejayaan.
En. Soddiq dan En Deraman berkolaboratif dengan guru-guru matapelajaran daripada Sk.Kiandongo dan Sk.Imbak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan