Pada 8 hingga 10 November 2013 yang lalu, seramai 10 orang murid Tahun 6 Nilam telah berpeluang melawat Kota Kinabalu dan Ranau dengan diiringi oleh 11 orang guru serta 4 orang kakitangan sokongan. Lawatan selama 3 hari 2 malam telah dianjurkan oleh Kelab Guru dan Staf SK Kiandongo dengan memilih beberapa lokasi yang menarik antaranya Memorial Park Kundasang, Mesilau,Poring, Pantai Tanjung Aru, Muzium Negeri, Zoo Lok Kawi dan Pasar Filipina. Pada hari pertama lawatan, murid-murid telah dibawa ke Tugu Peringatan Kundasang bagi mengetahui perihal sejarah dan mengingati Tragedi Kawad Maut dari Sandakan Ke Ranau sejauh 265km pada tahun 1945 yang telah mengorbankan sekitar 2,500 askar British dan Australia. Pada hari kedua,sesi lawatan dimulakan dengan melawat Muzium Negeri Sabah yang mana para murid sekolah ini telah berpeluang mengikut Pertandingan Balik Kampung yang mempertandingkan beberapa sukan dan aktiviti tradisional seperti Rampanau, Timang Sepak Raga, Menyumpit, Melastik dan Bermain Gasing. Beberapa sekolah dari sekitar negeri sabah turut bersaing sengit dengan para murid sekolah ini dengan penyertaan dihadkan kepada 50 orang murid bagi setiap acara. Vickery Rezali menjadi jagoan dalam acara Rampanau dan Melastik apabila mengungguli kedua-dua acara. Vellnes Jumat berjaya meraih Naib Johan dalam acara Rampanau. Bagi acara bermain gasing, SK Kiandongo muncul juara mutlak apabila Jielson Jibin,Juanita Julin dan Airolina Julis berjaya menduduki tempat pertama hingga ketiga. Bagi acara menyumpit , Elleysebet John sekadar menduduki tangga keempat kurang 5 mata dari Johan pertandingan tersebut. Selepas melawat muzium, para rombongan telah dibawa ke Zoo Negeri di Lok Kawi dan kemudian beristirehat di Pantai Tanjung Aru. Pada malam hari tersebut, para murid dan rombongan ini telah pergi ke sekitar bandaraya Kota Kinabalu. Pada hari ketiga sebelum pulang ke destinasi ,para rombongan telah dibawa ke Desa Farm,Mesilau di Ranau dan mengakhiri lawatan dengan mandi manda di Kolam Air Panas,Poring
Bergambar di War Memorial Park
Muzium Negeri Sabah
Vickery memenangi acara Rampanau dan Melastik
Gelagat murid-murid di Zoo Lok Kawi
Berkelah di Pantai Tanjung Aru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan