Selasa, Mei 31, 2016

Sambutan Hari Guru : Air Terjun Wasai

Siukkknyaaa.. haha. Ini ucapan kanak-kanak yang ikut serta dalam sambutan hari guru di Air terjun Wasai. Tarikh 26 Mei sekali lagi mencatit sejarah sambutan hari guru yang telah menjadi agenda tahunan bagi sekolah ini. Hampir semua kakitangan telah hadir bersama-sama memeriahkan sambutan hari guru ini termasuk KTBM. Lokasi menjadi pilihan tahun ini adalah di Air Terjun Wasai. Tidak jauh dari simpang jalanraya Telupid menuju ke Tongod. Airnya sangat jernih sehingga kelihatan jelas ikan berenang, sejuk dan mendamaikan. Terdapat juga pondok berehat disertakan dengan kawasan bbQ.

Hari ni, Majlis Sambutan Hari Guru diadakan serentak dengan sambutan ulangtahun kelahiran 4 orang guru sekolah iaitu Ckg Mian Tampulong (guru besar), Ckg Andrew Justine (PK 1), Ckg Susan Lagayan (PK HEM) dan Ckg Heldee Abun (guru paling smart rambutnya)..

Kehadiran KTBM bersama-sama dalam majlis ini memeriahkan lagi suasana dengan aktiviti bbQ serta mandi manda. Terdapat juga kakitangan yang membawa ahli keluarga bersama. Keindahan sambutan majlis ini di tengah hutan semulajadi, dengan deruan air menghempas batu-batu sungai menimbulkan rasa kagum dengan pencipta alam. Bahkan, suasana yang tidak pernah sunyi dengan kicauan burung menjadikan satu terapi alam yang cukup bermakna. Semoga budaya dan tradisi program seumpama ini akan terus berjalan setiap tahun demi mengeratkan hubungan silaturrahim di antara semua kakitangan sekolah.

Pandagan kolam air terjun Wasai

Pandagan kolam air terjun Wasai

Firdaus, Samsul dan Danny merasa sejuknya air.. huhu

Wah, syoknya main air.. haha

Pekarangan tempat letak kereta

Sesi bbQ

Sinah menghidupkan api

Pandakan hulu air terjun

Deruan air menghempas batu-batu

ada papan anjal versi kampung-kampung.. haha

sempat lagi cuci kereta

sedap.. slurppp

bermain asap dan arang..

Si Lobidu paling rajin membakar ayam dan ikan uji rashid

Flora, fokus memanggang ayam

Lobidu kepenatan memanggang.. dia pajak semua

Guru besar Ckg Mian mengintai dari jauh

apa diorang buat tu??

Add caption

Nah, inilah gandingan mantap Sinah dan Flora memanggang ayam.. Tolong jangan panggang itu kotak telur

Kek sambutan hari guru dan ulang tahun kelahiran

Tempahan khas dari Pn Suriati, Tongod



Selamat Hari Lahir.. yuhuuuu

Rm2, kata Pn Sinah sekali masuk

Teknik bersantai dalam air Uncle Maika.. tiada orang bole tiru

Heldee ketua menyelamat Kiandongo

Nilainie Tarzan Wasai

Menguji kederasan air

Pn Sinah ajar Fannilyn anaknya berenang.. hampir lemas.. haha

Aizuddin memerhati dari jauh saja. takut ada buaya


Lobidu menunjukkan iskil bergayut di tali

Iskil berpusing-pusing dalam air

Ckg Jemsan dan Ckg Heldee bersantai bersama kanak-kanak bertuah..

Comell.. Anak Ckg Andrew bawa gabus dari rumahnya utk belajar berenang.. haha

Gambar kenangan sebelum pulang.. Tahniah Semua.. Slmat bercuti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan