Pada 13 dan 14 April yag lepas, kejohanan Catur MSSDT telah berlangsung d Bilik perpustakaan SMK Tongod. Kejohanan yang menampilkan seramai 47 peserta kategori lelaki bawah 12 tahun dan 44 orang peserta kategori perempuan bawah 12 tahun daripada 9 buah sekolah telah berentap. Tahun ini merupakan tahun yang paling getir untuk peserta bawah 12 tahun kerna penyertaan yang begitu ramai sehingga mencecah 91 orang keseluruhan.
Peserta yang akan dipilih ke peringkat bahagian seramai 6 orang sahaja bagi setiap kategori mengikut ranking. Satu daripada 6 itu merupakan peserta "projek" yang berusia bawah 9 tahun.
Perlawanan yang berlangsung selama 2 hari satu malam itu telah menyaksikan pelbagai drama suka dan duka, sedih dan tawa. Masing-masing peserta mengeluarkan segala taktik dan strategi untuk memecahkan kubu pertahanan lawan. Ada yang menyerang menggunakan tentera pemanah (Bishop), ada yang menggunakan tentera berkuda (knight) dan tidak kurang menggunakan Queen dan infantri. Jika sama hebat serangan dan pertahanan, maka perlawanan boleh mencecah sehingga 2 jam. Jika pertahanan lemah, maka dengan mudah saja rajanya ditawan. Silap percaturan dan strategi akan mengundang "kematian" dan "kekecewaan". Inilah dramatiknya permainan, kerana di situ ada "pembunuhan" dan "kematian". malah dipenghujungnya terkadang ada "jadi-jadian".
Daripada 7 pusingan pertemuan maut dan selamat itu, 2 orang peserta daripada sekolah ini telah berjaya mendapat tempat keempat dan kelima bagi kategori perempuan dan lelaki. Peserta tersebut adalah adik Nencianah Aim dan Azron Julis. mereka berdua seterusnya terpilih ke peringkat bahagian yang dijadual berlangsung pada 4 dan 5 Mei d lokasi yang sama.
6 orang lagi peserta lelaki dari sekolah ini tidak berpeluang ke peringkat bahagian. Adik Joewen Nelson hanya menduduki tempat ke-7. Elpi Sagitan di tangga ke-11. Philip Jonathun di tangga ke-12. Rizan Taliba di tangga ke-16. Ronney Presley Mor di tangga ke-17. Sementara peserta projek daripada tahun 3 sekolah ini adik Jickleeson Kelarin hanya berjaya menduduki tempat ke-44.
Bagi peserta perempuan sekolah ini, 5 orang juga tidak berpeluang ke peringkat bahagian. Adik wellanh Matturis, Angelina Pascual, Hanisah Erwin dan Syzliana Fifi Lonin masing-masing dikedudukan yang berurutan 13, 14, 15 dan 16. Sementara adik Cerlistie Vincent di tangga yang ke-18.
Apapun, tahniah kepada seluruh ajk pelaksana daripada PT, Ketua Arbiter, dan arbiter. Demikian jgk kepada tuan rumah SMK Tongod yang berjaya mengendalikan kejohanan dengan sangat baik dan tersusun. Tahniah semua.
|
Pertemuan semasa rakan sekolah adik Elpi Sagitan bertemu Rizan Taliba |
|
Cerlistie (kiri) memerhatikan buah catur |
|
keadaan dewan peserta perempuan bawah 12 tahun |
|
Angelina (Kiri) peserta sekolah ini menjeling ke kamera |
|
Dewan peserta perempuan bawah 12 tahun |
|
Adik Nencianah fokus d meja ketiga |
|
pertemuan sesama sekolah adik Wellnah dan Fifi |
|
Peserta lelaki bawah 12 tahun |
|
Ckg Masru (Stage Arbiter) dan Ust Khairul bergambar dengan PT Kevin Suresh dan Stage Arbiter Andrese Galabi |
|
Nencianah Aim menerima piala tempat keempat |
|
Azron Julis menerima piala tempat ke lima |
|
Ckg Masru dan Ust Khairul bergambar dengan 13 orang peserta dari Sk.Kiandongo |
|
Azron Julis dan Nencianah Aim berjaya ke peringkat Bahagian Sandakan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan