Ahad, Julai 08, 2012

SK Kiandongo Tetap Menggigit


Walaupun tahun 2012, bilangan murid tahun 5 hanya sekadar 11 orang murid, Kontijen sekolah ini tetap berupaya menuai 2 butir pingat emas dalam Kejohanan Olahraga MSSZT Ke 4 yang telah diadakan pada 4 - 5 Julai 2012. Bertepatan dengan moto sekolah 'Biar Sedikit Tetap Menggigit', sekolah ini berjaya berada di tangga kedua keseluruhan dengan meraih 2 Emas, 4 Perak dan 6 Gangsa. Manakala SRK Pekan Tongod , tuan rumah pada edisi kali ini diihat begitu unggul dengan jauh meninggal pencabar lain dengan pungutan 11 Emas,5 Perak dan 6 Gangsa. Kejohanan ini hanya membenarkan penglibatan murid yang berdaftar dengan usia 11 tahun dan ke bawah bagi mempersiapkan pasukan olahraga Zon Tongod yang akan bertanding di Kejohanan Olahraga MSSD Tongod (Telupid) 2013. Airolina Julis dan Jielson Jibin berjaya memenangi acara 80m Lari Berpagar . Di samping itu, Elvira Matthew , murid tahun 4 turut meraih pingat perak dalam acara yang sama. Penguasaan sekolah dalam acara 80m Lari Berpagar dilihat begitu jelas apabila Josly Juslim turut meraih pingat gangsa. SK Kiandongo turut meraih pingat perak melalui acara 100m (P) melalui Elviuena Jasmi, 4x200m (P) dan Lompat Tinggi (L) melalui Vickery Rezali. Manakala pingat gangsa disumbangkan melalui acara 4x100m (L&P), 4x200m (L), Lompat Tinggi (L) dan 100m (P). Elviuena Jasmi, murid tahun 4 menjadi penyumbang pingat terbanyak untuk kontijen sekolah pada edisi ini dengan 2 pingat perak dan 2 pingat gangsa. Penguasaan sekolah ini selama 3 tahun berturut-turut dalam acara Lompat jauh perempuan B12 berakhir apabila tiada satu pingat pun diperolehi dalam acara tersebut. Legasi Pingat Emas yang sebelum ini disandang oleh Suhailin Lasius (2009), Shaflyn Laiwin (2010) dan Norjianah Aim (2011) gagal dipikul oleh Betlen Phillipmus dan Jenny Queleen. Kontijen SK Kiandongo membariskan 17 atlit dengan 3 murid tahun 3, 8 murid tahun 4 dan 6 murid tahun 5. Walaubagaimana pun pencapaian pada kali ini tetap boleh dibanggakan kerana 11 orang murid sekolah ini akan berpeluang untuk bersaing pada edisi 2013 di bawah kelolaan SK Imbak.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan