Jumaat, Mac 31, 2017

Bola Baling MSSDT B12 : Perempuan Naib Johan

29 dan 30 Mac telah menyaksikan perlawan bola baling peringkat Daerah Tongod Telupid. Padang Sekolah SMK Entilibon telah manjadi saksi perlawanan sengit di antara sekolah-sekolah yang telibat dalam merebut piala kejohanan.

Secara tradisinya, team SK Kiandongo turut menurunkan pemain-pemain pilihan lelaki dan wanita. Pada 29 Mac, team lelaki telah menunjukkan aksi mereka. perlawanan diselangselikan dengan hujan renyai yang turut 'mengambil bahagian'. setelah berhempas-pulas mempertahankan gawang, akhirnya team sekolah terpaksa akur dengan keputusan di tempat ke-4.

Team perempuan telah turun pad 30 Mac. Perlawanan berlangsung sehingga jam 4 petang. keadaan padang yang agak becak mengurangkan kecergasan dan kelincahan pemain. Namun, ianya tidak sedikitpun melemahkan semangat setiap pemain. Bermula daripada penjaga gol, pertahanan sehinggalah bahagian penyerang, setiap posisi dijaga dengan baik dan cemerlang. Namun, pasukan sekolah akhirnya turut akur dengan kehebatan pasukan daripada SK Penangah yang membelasah team sekolah di peringkat akhir 4-3.

Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua sekolah yang terlibat. terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur, badan-badan penaja dan sukarelawan yang terlibat. Majulah sukan untik negara.

pemanasan badan team sekolah lelaki

Team sekolah lelaki B12

perlawanan sedang bermula



Ckg Jemsan menunjukkan isyarat 3 kosong


team perempuan B12
Nencianah menyambut bola

3 orang penyerang terbaik pasukan sekolah

Ckg Bobby kepenatan memberi arahan semasa perlawanan

Ckg Jemsan mengatur semula strategi

Azirah cuba memperdaya musuh

Nencianah menggelecek pihak lawan

Azirah melakukan percubaan dari jarak jauh

Azirah melakukan percubaan yang akhirnya menjaringkan gol

perebutan bola tanggung

Pasukan seklah menentang SK Langkabong

ibu bapa turut hadir memberi sokongan

barisan guru-guru sekolah yang mengiringi kejohanan

gelagat team sekolah sewaktu rehat

kontrol cantik

ckg Masru yang paling MANANG

Rabu, Mac 08, 2017

Catur MSSD Telupid : 4 Orang Terpilih Ke Peringkat Bahagian

Pada 1hb Mac hingga 3b mac telah berlangsung kejohanan catur peringkat MSSD Telupid yang berlangsung di SK Telupid, Batu 4.

Alhamdulillah syukur.. walaupun penyertaan catur tahun ini semakin ramai. Namun ia sedikitpun tidak mematahkan semangat murid kita untuk bersaing.

Seramai 47 orang peserta drpd 11 buah sekolah yg terlibat  bagi kategori lelaki. Murid kita ELPI SAGITAN berjaya menduduki tempat ke-5 dan sekaligus dipilih mewakili daerah ke peringkat bahagian Sandakan.

Dua orang lagi peserta kita iaitu JICK NICKLESON KELARIN hanya berjaya di tempat ke 21 dan JICKLEESON KELARIN berada di tempat ke 37.

Sementara itu, seramai 34 orang peserta perempuan keseluruhan bawah 12 tahun.  3 orang murid kita berjaya ke peringkat bahagian setelah berjaya dikedudukan 4, 5 dan 6. Mereka ialah ANGELINE PASCUAL, NENCIANAH AIM dan WELLNAH HERNITAH MATTURIS.

Sementara itu, HANISAH ERWIN dan CERLISTI VINCENT hanya berjaya di kedudukan 11 dan 12.

Tahniah diucapakan kepada semua peserta yg berjaya. Bagi peserta yang tidak berjaya semoga dapat meningkatkan lagi prestasi di tahun hadapan.

Terima kasih kepada semua pihak yang memberi bantuan dalam pelbagai sudut.

MSSB dijangka akan berlangsung selama 3 hari iaitu 11-13 April di MRSM Sandakan. Kita jumpa di sana.
Ust Khairul gembira dibelanja makan.. haha

Wellnah senyum menghulur salam kepada lawan

Dari kanan Angeline, Wellnah dan Nencianah.. fokus menentang lawan mereka

Elpi Sagitan di tempat ke-5

Jickleeson di tempat ke-37


Cerlistie, badan kiccik tapi kuat makan

Makan malam. nasi ayam. yuhuuuu









peserta dibawa bersiar-siar ke IPS Telupid

Telupid Chess Team.. SK Kiandongo


peserta catur bersama guru penasihat Ckg Masru dan Ust Khairul Adham

3 orang peserta terpilih daripada 7 irang peserta

Elpi salah seorang yang terpilih ke peringkat bahagian daripada 7 orang peserta

4 orang peserta yang layak ke peringkat bahagian
Keputusan rasmi peserta lelaki

keputusan rasmi peserta perempuan