Ahad, Julai 24, 2016

Majlis APC : Giliran Ckg Masru

Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah kepada Guru Besar SK.Kiandongo En. Mian Tampulong di atas kesetiaanya berkhidmat di pedalaman melebihi 20 tahun. Maka itu, beliau merupakan salah seorang yang telah menerima anugerah itu. Sudah pasti banyak kenangan pahit dan manis telah beliau harungi sehinggalah sampai ke tahap ini.

Selain itu, pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah buat penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016 peringkat PPD Tongod, Telupid pada tahun ini iaitu Ckg Masru Bin Mustakim. Beliau yang ditemui melahirkan rasa syukur di atas anugerah yang diberikan ini. Menurutnya, terlalu besar sekali penghargaan ini, sedangkan jasanya terlalu kecil dan sedikit.

Kepada CKg Masru, semoga anugerah yang diberikan akan menambahkan semangat beliau untuk bekerja dengan lebih gigih lagi.

Kepada Guru Besar, semoga lebih bersemangat memimpin SK.Kiandongo ke arah yang lebih cemerlang.

TAHNIAH!


Majlis dimulai dengan persembahan koir daripada SMK Entilibon

Penyampaian anugerah disampaikan oleh Drs. Mahanin Bin Osman

Ckg Masru Mustakim melahirkan rasa syur menerima APC tahun ini

Ckg Masru bergambar dengan En. Lino Leoncio yang merupakan antara staf tcemerlang di PPD Tongod, Telupid

Ckg Masru bergambar dengan Ckg Edwin Yukun bekas guru Sk.Kiandongo sehingga tahun 2012
Guru Besar EN.Mian Tampulong (Tengah) bergambar dengan Ckg Masru dan Ckg Edwin
2 orang guru yang dianugerahkan "Tokoh Guru" iaitu Ckg Abel Marcus dan Ckg Alim yang telah banyak berjasa sepanjang menjadi guru



Pemeriksaan Gigi

Terima kasih diucapkan kepada Klinik Kesihatan Tongod di atas komitmen berterusan yang dilakukan keatas pemeriksaan gigi setiap tahun. Kali ini, giliran murid tahun 1, 2 dan 3. Macam biasalah, bila murid-murid melihat pegawai-pegawai kesihatan datang, macam-macam gelagat murid yang kelihatan. Berdebar sehingga ada yang menangis ketakutan. haha. Apapun, tahniah kepada semua murid yang telah melalui pemeriksaan kesihatan gigi pada 21 Julai 2016 (khamis)





Sabtu, Julai 16, 2016

Kem Lambaian Ilmu : Akan datang

Sekali lagi, Ini merupakan tahun ketujuh Kem Lambaian Ilmu akan berlangsung dalam Zon Tongod. Sebuah Kem yang menghimpunkan 5 buah sekolah dalam Zon Tongod iaitu SK. Keramuak, SK. Imbak, SRK Pekan Tongod, SK.Kiandongo dan SK. Sogo-Sogo. Sementera 2 buah sekolah jemputan pada tahun ini iaitu SK. Linayukan dan SK. Tampasak.

Seramai 152 orang murid tahun 6 telah mengesahkan penyertaan. Kem yang bakal berlangsung selama 3 hari 2 malam ini akan mendedahkan kepada semua peserta dengan lebih jelas berkaitan 4 subjek utama iaitu BM, BI, Sains dan Matematik. Lebih daripada itu, slot motivasi turut diselitkan disamping slot penghayatan malam.

Sudah pasti yang bakal menjadi cabaran pada kem ini adalah "jungle tracking" yang sering menjadi buah mulut setiap peserta... apapun, sama-sama kita nantikan program anjuran Kelab Bimbingan & Kaunseling Zon Tongod yang akan berlangsung pada 22-24 Julai 2016 ini.. Doakan.


Jamuan Raya 2016

Lestari Enterprise yang merupakan syarikat pembekal makanan RMT sekolah hari ini (15 Julai 2016) telah mengadakan jamuan raya buat semua staf Sk.Kiandongo. Pelbagai juadah telah disediakan. Menu utama jamuan raya kali ini adalah nasi himpit lauk ayam masak lengkuas. Selamat Hari Raya. Selamat Menjamu Selera. Maaf Zahir & Batin.