Sabtu, Jun 25, 2016

SARANA PIBG : Permuafakatan Ibubapa & Guru

Program permuafakaan ibu bapa telah dihadiri oleh  hampir 80 orang dari Kg Malagatan dan kg Kiandongo. Majlis ini diadakan bertujuan menyambut kehadiran guru besar baru iaitu En. Mian Tampulong yang telah melapor diri seawal Januari 2016 di sekolah ini. Selain itu, majlis ini juga bertujuan mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan guru-guru. Dua buah kek telah ditempah khas bagi meraikan 2 hajat utama ini.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan oleh YDP PIBG En. Laiwin Mahir dan diikuti ucapan oleh Penolong Kanan 1 En. Andrew Justine. Aktiviti seterusnya adalah, ceramah keibubapaan yang telah disampaikan oleh Ckg Masru Bin Mustakim.

Ceramah "Cinta" yang disampaikan oleh Ckg Masru telah menyentuh hati ramai ibu bapa yang hadir. Penyampaiannya yang bersahaja telah mengimbau kembali sejarah kenangan beberapa ibu bapa bersama pasangannya beberapa tahun yang lalu.

"Tuan-tuan, beberapa perkara perlu diketahui untuk mengekalkan keharmonian sepasang suami isteri. Bukan sahaja suami isteri, malah untuk mengekalkan hubungan kekeluargaan agar sentiasa bahagia. Dua perkara ini perlu diketahui oleh sang suami dan satu perkara pula perlu diketahui oleh sang isteri. Jika 2 perkara ini suami tahu dan buat, serta satu perkara ini isteri tahu dan buat, In sya Allah hubungan anda dengan suami atau isteri akan bahagia."

Ini merupakan antara isi penting ceramah beliau yang berlangsung sekitar 30 minit pada 23hb Jun baru-baru ini di Dewan Kg.Kiandongo. Dalam kesimpulan ceramahnya, beliau menekankan agar setiap pasangan suami isteri sepatutnya tidak menceritakan 2 perkara ini setelah berkahwin iaitu "pengalaman cintanya" yang dahulu dan "sejarah hitamnya" yang pernah dilalui. Menurutnya, perkara ini tidak sedikitpun dapat menambaheratkan hubungan suami isteri.

Ucapan Alu-aluan daripada YDP PIBG En. Laiwin Mahir
YDP PIBG En. Laiwin Mahir merakamkan ucapan terharu di atas sambutan yang menggalakkan daripada semua yang hadir
En. Andrew Justine Pen Kanan 1 menyanpaikan ucapan dan amanat beliau kepada ibu bapa yang hadir

Ckg Masru Mustakim menyampaikan ceramah "CINTA" kepada hadirin yang hadir
Ckg Vincent (baju merah bersama 2 orang AJK PIBG, Jinisly dan Phillipmus



Sebahagian ibu bapa yang hadir fokus mendengar ceramah
Sesi bergambar beramai-ramai daripada sebahagian ibubapa yang hadir
Cenderahati yang disampaikan oleh YDP PIBG kepada Ckg Masru
Kek Selamat Datang dan Selamat Hari Permuafakatan