Jumaat, Ogos 29, 2014

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 57

Program Sambutan Hari Kemerdekaan yang dijalankan pada setiap tahun ini kini kembali lagi. Beberapa aktiviti telah dijalankan bagi melahirkan rasa "merdeka" di kalangan setiap murid. Penyertaan dalam setiap acara yang dipertandingkan juga telah meningkat di kalangan murid. Ini sekaligus memeriahkan lagi setiap acara yang dipertandingkan.


"Engkau Tanah Air
pemilik perut yang berbudi
penampung hujan penyedut sinar mentari
Lahirlah anakmu dari semaian petani 

Engkau Ibu Murni dengan jasa abadi
berdetik didenyut nafas kami
kerna kita satu sama dipunyai"


Sebahagian daripada petikan juara sajak daripada adik Elvira Mathew..

 2 orang pengacara cilik yag baru meningkat naik namanya dipersada seni
Adik Girol Ginal dan Welnie Matturis


 Khusuk Guru Besar (En. Paulus Yapas) danGuru Pen. Kanan HEM (Pn. Susan Lagayan)


 Juri Pertandingan Bercerita Ckg Vincent Sintia dan Ckg Anitah Matni


 Juri Pertandingan Story Telling Ckg Susan Lagayan dan Ckg Stonny Anthony


Pandangan dari belakang dewan




Penuh Gaya : Elvira Matthew mendeklamasi Sajak

Elvira Mathew penuh penghayatan mendeklamasikan sajak

Ucapan pengarah program sambutan hari kemerdekaan Ckg Aizuddin Ashfar Che Mohd


Ucapan Perasmian penangguhan oleh Guru Besar Sk.Kiandongo En. Paulus Yapas





 Gimik perasmian dengan membebaskan 2 ekor Burung Kakak Tua



 Pemenang pertandingan Mendeklamasi Sajak

 
 Pemenang pertandingan mewarna


 Pemenang pertandingan Menulis Esei


 Pemenang pertandingan bercerita


 Pemenang pertandingan melukis


Pemenang pertandingan kuiz berkumpulan



Selamat Hari Merdeka.
Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.
SK.Kiandongo,
Biar sikit tetap menggigit.

Selasa, Ogos 26, 2014

Merdeka Dalam FrogVLE

Hari ini (25 Ogos) kami sempat menjalankan aktiviti kemerdekaan menggunakan laman FrogVLE. 10 orang murid yang terpilih telah dibawa bersama-sama menjayakan aktiviti ini di Pusat Jalurlebar Kg.Sogo-Sogo. Antara aktiviti yang dipertandingkan seperti mewarna, menulis pantun, melengkapkan teka silangkata dan kuiz. kesemua pertandingan ini menggunakan VLE sepenuhnya tanpa perlu bahan "hardcopy". murid hanya perlu muat turun, jawab dan muat naik semula.

Kebetulan pada minggu ini sekolah menghadapi masalah ketiadaan "karen". habis satu sekolah blackout. Orang kata "mati karen" sebab solar tidak berfungsi. "Maintenance" pun lambat. Maka kamipun berpakat sesama guru untuk menghantar murid ke Kg. Sogo-Sogo. Nah, "kesiukan" pula murid-murid di sana. mewarna menggunakan perisian "Paint" sampai "ndakmau" pulang.ada yang becakap "uina cikgu belum siap lagi. wah cantiknya si Jai punya..nanti.. nanti dulu cikgu... dan macam-macam lagi lah.." semuanya sebab saya suruh murid2 save apa yang diorng warna dan muat naik semula ke padlet yang disediakan.

Apapun, ini merupakan satu kepuasan. Bila kita menjalankan satu-satu aktiviti, tidak perlu terlalu "grand", yang peting matlamat tercapai dan murid merasa seronok.

Persiapan sebelum bergerak ke Jalurlebar


 Kadang--kada ada masalah macam ni.. buntu jugak


 bersungguh-sungguh ini cikgu menerangkan



Cikgu Heldee membantu murid







Ckg Masru membantu murid





Ckg Aizuddin kepenatan membantu murid (hehe)



mau berangkat balik (Tangguh)

Jumaat, Ogos 22, 2014

Kami Turut Bersedih

Selembar warkah dari pedalaman..

Kami warga Sk.Kiandongo turut merasakan kesedihan ke atas tragedi MH17 yang menimpa seluruh ahli keluarga. Hari ini, Jalur Gemilang kami condongkan sebagai tanda berkabung. Semoga semua jenazah yang terlibat mendapat tempat selayaknya di sisi tuhan mereka. Salam Damai Abdai dari kami seluruh warga Sk.Kiandongo.







Khamis, Ogos 07, 2014

Majlis Perpisahan Guru Besar,Sambutan Guru Besar Baharu dan Sambutan Hari Raya

      Dalam kesibukkan pelbagai tugas, hari ini ( 7 Ogos 2014) SK Kiandongo telah berjaya mengadakan Majlis Perpisahan Guru Besar, Encik Sipin Sikin yang berpindah ke SK Sogo-Sogo, serta meraikan kedatangan Guru Besar Baharu SK Kiandongo, Encik Poulus Yapas serta sambutan Hari Raya sempena Bulan Syawal yang mulia ini. Majlis ini dianjurkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan SK Kiandongo yang dipengerusi oleh Encik Masru Mustakim. Mantan Guru Besar SK Kiandongo, Encik Sipin Sikin telah berkhidmat selama hanya 4 bulan di SK Kiandongo dan ini merupakan sekolah yang ke 10 beliau, semoga beliau akan sentiasa sihat hendaknya dan maju jaya di tempat baharu, kepada Guru Besar Baharu, Encik Poulus Yapas, kami mengalu-galukan kedatangan beliau ke SK Kiandongo. Berikut adalah gambar suasana majlis tersebut yang diadakan secara sederhana tetapi meriah
Bertempat di kantin sekolah

Majlis turut melibatkan semua staf SK Kiandongo

Mantan Guru Besar, En Sipin Sikin memberi amanat terakhir beliau kepada warga staf SKKiandongo.

Guru Besar Baharu SK Kiandongo memberi ucapan menzahirkan manifestasi beliau.

Tandatangan serah tugas sambil disaksikan oleh semua Penolong Kanan
PK 1 , Encik Andrew Justine ( Baju Merah), PK HEM, Pn Susan Lagayan  ( Baju Biru) dan PK KOKUM, Encik Jemsan Sakunding ( Baju Hijau)

Penyerahan tugas


Majlis diakhiri dengan jamuan raya.