Sabtu, Mei 17, 2014

3 Murid Terpilih Mewakili Bahagian Sandakan dalam Kejohanan Bola Tampar MSSS 2014



3 murid SK Kiandongo iaitu Elvira Matthew, Elviuna Jasmi dan Vizianah Kukong ( Murid Tahun 6) telah terpilih mewakili Bahagian Sandakan ke Kejohanan Bola Tampar MSSS yang berlangsung pada 12 Mei- 15 Mei di SK Kunak 1, Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut murid sekolah ini terpilih mewakili Bahagian Sandakan sejak dari tahun 2012 di bawah kendalian Guru Penasihat Bola Tampar En. Mohd Rashdan Hafiz ( Kini berkhidmat di SK Jelapang) Walaupun tidak mampu mencatatkan sebarang kemenangan namun ia merupakan satu kejayaan yang manis kepada SK Kiandongo selaku sebuah sekolah yang berstatus SKM. Ketika kejohanan berlangsung Bahagian Sandakan yang didominasikan ramai pemain muda telah menunjukkan semangat yang kental namun terpaksa akur kepada Bahagian Barat yang lebih hebat. Sepanjang kejohanan tersebut berlangsung Bahagian Barat hampir menguasai kesemua kategori. Tuan rumah seterusnya untuk Kejohanan Bola Tampar MSSS akan datang iaitu tahun 2015 bakal diadakan di Keningau. Semoga tahun seterusnya mencatatkan kejayaan yang lebih cemerlang dalam sukan ini.

Selasa, Mei 06, 2014

FrogVLE : SK Kiandongo Gegarkan Hotel Western

29hb April 2014 - Bertempat di Best Western Hotel, Bandar Leetat, Batu 3.5 Sandakan, bermulalah kisah pembentangan yang memfokuskan amalan terbaik yang dibuat oleh SK Kiandongo sebagai "Champion School" dalam menjalankan aktiviti Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) di sekolah. Majlis Profesionalisma Pengetua dan Guru Besar ini telah  bermula jam 8:00 pagi sehingga jam 4:00 petang. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Juslie Hj Ajirol Merangkap Ahli Parlimen Libaran. Antara VVIP yang hadir ialah  Yang Berbahagia Datuk Jame Bin Alip, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah dan Tuan Haji Sahirul yang merupakan  Timbalan Presiden YTL Communication. Turut terlibat adalah pegawai-pegawai dari KPM, JPN, para pengetua dan Guru Besar di samping guru-guru daripada Zon Sandakan (Sandakan, Beluran, Kinabatangan dan Telupid). Dianggarkan seramai 600 orang lebih warga dewan yang telah hadir dalam majlis tersebut.
   Tiga buah sekolah yang terlibat dalam pembentangan utama iaitu SMK Elopura Bestari, SMK Beluran Bestari dan SK Kiandongo. Cikgu Masru Mustakim merupakan salah seorang Admin VLE sekolah ini telah membentangkan sebanyak 16 slaid powerpoint beserta 6 aktiviti utama untuk dikongsikan dengan hadirin yang hadir.
    Memetik ucapan beliau yang berbunyi "Sekolah kami merupakan sekolah yang serba kekurangan, malah sekolah yang paling daif jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah yang ada dalam daerah Tongod (Telupid). Malah, sekolah kami tidak memiliki kemudahan komputer dan internet 4G. Kami hanya menggunakan satelit VSat. Memang slow kalau nak dibandingkan dengan internet di bandar. Tapi kami tetap menjalankan VLE dalam PdP kami." 
     Sebagai pembentang terakhir, beliau turut menyatakan perlunya kita sebagai guru mengaplikasikan pembelajaran VLE di dalam kelas. Ianya bukan sahaja menyeronokkan, malah menimbulkan "kesan" yang mendalam dalam diri setiap pelajar."Keseronokan itu bukan sahaja dirasai oleh murid di dalam kelas saya, tetapi turut merebak ke kelas yang lain sehingga mengundang mereka datang ke kelas saya melihat secara langsung.."
    Di dalam FrogStore itu beliau mengatakan terlalu banyak "harta karun" yang perlu diambil oleh guru-guru secara percuma. Tugas guru-guru hanyalah untuk mengagih-agihkan kepada semua murid.Dalam ucapannya yang terakhir, beliau mengucapkan terima kasih kepada Kumpulan Frogasia yang menjemput sekolah ini membuat pembentangan. Walaupun dalam keadaann yang serba kekurangan, SK Kiandongo telah membuktikan bahawa sekolah ini juga mampu bersaing di peringkat nasional seperti dibuktikan dengan meraih tempat ke-35 seluruh Malaysia dalam peraduan Wordmania yang telah dianjurkan oleh Frogasia.





Isnin, Mei 05, 2014

Majlis Perpisahan Cikgu Rashdan

Majlis perpisahan dengan Cikgu Mohd Rashdan Hafiz Bin Abd Rashid telah diadakan pada 25hb April 2014 baru-baru ini. Majlis yang sederhana dan ringkas ini telah diadakan di kantin SK Kiandongo. Antara yang terlibat adalah semua staf SK.Kiandongo dan murid-murid tahap 2.
Perpindahan Cikgu Rashdan merupakan satu kehilangan besar buat warga sekolah. Sikap beliau yang proaktif dan komited dalam semua lapangan menjadikan kehilangan beliau amat dirasai buat warga sekolah ini. Beliau juga merupakan guru pertama dari semenanjung dan yang pasti  terlalu banyak jasa beliau dalam membantu mamajukan sekolah, antaranya dalam bidang sukan, kurikulum dan pengurusan sekolah.
Perkhidmatan beliau sejak tahun 2009-2014 di sekolah ini akhirnya diberi kelulusan berpindah ke SK Jelapang Setiu, Terengganu yang merupakan sebuah sekolah luar bandar yang juga memiliki jumlah murid sekitar 170 orang murid.Semoga kecemerlangan yang beliau tunjukkan di sekolah ni akan diteruskan di sekolah yang baru. Kami semua warga SK Kiandongo mendoakan kejayaan beliau.