Selasa, April 29, 2014

10 Minit Untuk Hari Membaca Sedunia

Berlangsung pada 22/04/2014, aktiviti membaca selama 10 minit telah dilancarkan oleh Guru Besar SK Kiandongo En. Sipin B. Sikin bertempat di dataran perhimpunan. Dalam ucapannya,beliau menggesa semua murid supaya menjadikan tabiat membaca sebagai salah satu cara untuk mendapatkan ilmu. Aktiviti ini merupakan  kendalian Pusat Sumber Sekolah yang ditunjangi oleh En. Aizuddin Ashraf Che Mohd.





Isnin, April 28, 2014

Akhirnya Kita Juara Bahagian

Selepas hanya sekadar menjadi Naib Johan dua edisi terdahulu, Pasukan Bola Tampar P12 Daerah Telupid menjadi Johan Kejohanan Bola Tampar MSSB Sandakan 2014 Kategori P12 Tahun. Kejohanan yang diadakan pada 15 April 2014 telah diadakan di SMK Beluran Bestari manakala kategori Lelaki 12 Tahum dan 18 Tahun diadakan bersebelahan Dewan Serbaguna Pekan Beluran. Seramai 6 orang murid telah dipilih mewakili daerah Telupid dengan 4 murid perempuan (Elvieuna, Elvira, Betlen dan Vizianah ) dan 2 murid lelaki (Zilwafrid dan Reznis). Kejayaan pasukan perempuan 12 tahun Daerah Telupid yang dilatih oleh Cikgu Mohd Rashdan sekaligus menamatkan badi kekalahan kepada pasukan Sandakan selama 4 tahun berturut -turut.Dengan kejayaan tersebut, seramai 7 pemain termasuk 2 orang murid sekolah ini (Elvira dan Elvieuna) dari Daerah Telupid dipilih mewakili Bahagian Sandakan untuk ke kejohanan peringkat negeri.Sementara itu, pasukan lelaki 12 Tahun sekadar menjadi Naib Johan setelah bersaing sengit dengan pasukan Sandakan sebelum tumpas  25-11, 21-25 dan 11-15.





Bola Baling : Juara Halang SK Kiandongo

Kejohanan Bola Baling MSSD Telupid (Tongod) 2014 yang diadakan di SK Entilibon pada 1-3 April 2014 menyaksikan kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan diundi di dalam kumpulan maut apabila diundi bersama SK Tangkungon,SK Langkabong dan SK Sogo-Sogo bagi kategori Lelaki manakala pasukan perempuan diundi bersama-sama SK Maliau dan SK Langkabong. Pasukan lelangki berjaya menewaskan pasukan SK Sogo-Sogo 2-0 dan tewas kepada 2-5 kepada SK Langkabong dan 0-5 kepada pasukan SK Tangkungon. Pasukan lelaki dibarisi oleh 4 murid tahun 6, 5 murid tahun 5 dan 3 murid tahun 4. Pasukan SK Tangkungon muncul juara kategori lelaki. Sementara itu , pasukan perempuan mencatat keputusan seri 3-3 dengan SK Langkabong tetapi tumpas kepada SK Maliau 1-3. Pasukan SK Maliau berjaya menjadi juara kategori perempuan selepas menewaskan SK Mengkawago dalam perlawanan akhir.