Isnin, Disember 02, 2013

Malam Seribu Kenangan 2013

Malam Seribu Kenangan (MSK) 2013 yang diadakan di Dewan Masyarakat Kg.Kiandongo Darat merupakan acara tahunan yang ditunggu-tunggu oleh segenap lapisan masyarakat Kampung Kiandongo dan Kampung Malagatan. MSK 2013 telah dijayakan dengan penuh warna-warni persembahan yang turut melibatkan beberapa mantan pelajar sekolah ini. 4 buah persembahan daripada mantan pelajar dimulakan dengan persembahan nyanyian gabungan tiga suara daripada Annalyn , Julletta dan Elsie,kemudian disulami dengan tarian daripada mantan pelajar tahun 6 2012 iaitu Shaflyn,Echlinah, Kartika, Kasliani dan Norjianah. Saudara Felsyevefron menghiburkan penonton dengan lagu Tetap Menantimu manakala Alfoy Dimo yang kini menuntut di SM Seni Kuching mendeklamasikan Sajak dan mendendangkan lagu Kenangan Terindah. MSK 2013 turut mengangkat Airolina Julis selaku pemenang Anugerah Guru Besar, Anugerah Ko-Kurikum (Wanita) dan Anugerah Kepimpinan. Buat julung kalinya, keputusan UPSR 2013 diumum dan dipapar kepada khalayak ramai dengan penuh kejutan bercampur baur dengan emosi. MSK 2013 telah ditangguh dengan rasmi oleh Encik Salleh Sabtan yang merupakan mantan Pengerusi JKKK Kampung Malagatan.






UPSR 2013 : Kualiti 2.98 Kuantiti Meningkat

Pencapaian UPSR bagi tahun 2013 menunjukkan sedikit penurunan dari segi Gred Purata Sekolah (GPS) iaitu menurun 0.01 dari 2.97 kepada 2.98. Mata GPS yang lebih rendah menunjukkan kualiti yang lebih baik. Manakala dari segi peratus kelulusan, tahun 2013 menunjukkan peningkatan 1.58 % iaitu dari 34.78 % kepada 36.36% . Pada tahun ini seramai 4 orang murid sekolah ini telah lulus dan saudari  Airolina Julis menjadi murid terbaik dengan pencapaian 4A 1C. Seperti tahun 2012, pada tahun ini juga semua murid mencapai sekurang-kurangnya lulus minimun sekurang-kurang 1 mata pelajaran. Keputusan UPSR pada tahun ini meletakkan SK Kiandongo berada di kedudukan kelima belas berbanding di kedudukan kesembilan pada tahun 2012. Subjek Sains menunjukkan peningkatan paling ketara dengan GPMP ialah 2.55 dan peratus kelulusan ialah 90.9% . Pencapaian ini meletakkan Panatia Sains berada di kedudukan kelima di kalangan 31 buah sekolah dalam daerah Tongod (Telupid)


4A 1C

1A 3B 1C 

  
3B 2C

4B 1C