Rabu, November 20, 2013

Gotong Royong PIBG

Bagi menjayakan Malam Seribu Kenangan, PIBG telah mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan sekitar Dewan JKKK Kg.Kiandongo Darat pada 13 November 2013. Aktiviti kerja gotong-royong telah dihadiri oleh ibu bapa dan beberapa orang belia Kg.Kiandongo.



Kolaboratif dalam Mesyuarat PIBG 2/2013

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Kiandongo telah bersepakat dengan pihak pentadbir SK Kiandongo bagi memastikan mutu pendidikan dan sukan sekolah ini dapat dipertingkatkan di masa akan datang. Mesyuarat yang diadakan pada 12 November 2013 turut dihadiri oleh Tuan Guru Besar ,Encik Mohd Jasnee yang meminta bantuan dan perhatian daripada ibu bapa dan penjaga untuk sama-sama mengembleng tenaga dengan pihak sekolah bagi menjayakan beberapa program besar terutama Sukan Zon 2014, UPSR 204 dan Sukan PIBG. Di dalam mesyuarat ini,beberapa perkara telah diberi perhatian antara Kelulusan Menggunakan Kenderaan Guru Untuk Aktiviti Sekolah, Tabung Kelas dan Tabung PIBG.





Lawatan : Dari KK ke KK

Pada 8 hingga 10 November 2013 yang lalu, seramai 10 orang murid Tahun 6 Nilam telah berpeluang melawat Kota Kinabalu dan Ranau dengan diiringi oleh 11 orang guru serta 4 orang kakitangan sokongan. Lawatan selama 3 hari 2 malam telah dianjurkan oleh Kelab Guru dan Staf SK Kiandongo dengan memilih beberapa lokasi yang menarik antaranya Memorial Park Kundasang, Mesilau,Poring, Pantai Tanjung Aru, Muzium Negeri, Zoo Lok Kawi dan Pasar Filipina. Pada hari pertama lawatan, murid-murid telah dibawa ke Tugu Peringatan Kundasang bagi mengetahui perihal sejarah dan mengingati Tragedi Kawad Maut dari Sandakan Ke Ranau sejauh 265km pada tahun 1945 yang telah mengorbankan sekitar 2,500 askar British dan Australia. Pada hari kedua,sesi lawatan dimulakan dengan melawat Muzium Negeri Sabah yang mana para murid sekolah ini telah berpeluang mengikut Pertandingan Balik Kampung yang mempertandingkan beberapa sukan dan aktiviti tradisional seperti Rampanau, Timang Sepak Raga, Menyumpit, Melastik dan Bermain Gasing. Beberapa sekolah dari sekitar negeri sabah turut bersaing sengit dengan para murid sekolah ini dengan penyertaan dihadkan kepada 50 orang murid bagi setiap acara. Vickery Rezali menjadi jagoan dalam acara Rampanau dan Melastik apabila mengungguli kedua-dua acara. Vellnes Jumat berjaya meraih Naib Johan dalam acara Rampanau. Bagi acara bermain gasing, SK Kiandongo muncul juara mutlak apabila Jielson Jibin,Juanita Julin dan Airolina Julis berjaya menduduki tempat pertama hingga ketiga. Bagi acara menyumpit , Elleysebet John sekadar menduduki tangga keempat kurang 5 mata dari Johan pertandingan tersebut. Selepas melawat muzium, para rombongan telah dibawa ke Zoo Negeri di Lok Kawi dan kemudian beristirehat di Pantai Tanjung Aru. Pada malam hari tersebut, para murid dan rombongan ini telah pergi ke sekitar bandaraya Kota Kinabalu. Pada hari ketiga sebelum pulang ke destinasi ,para rombongan telah dibawa ke Desa Farm,Mesilau di Ranau dan mengakhiri lawatan dengan mandi manda di Kolam Air Panas,Poring

Bergambar di War Memorial Park



Muzium Negeri Sabah




Vickery memenangi acara Rampanau dan Melastik

 Gelagat murid-murid di Zoo Lok Kawi

Berkelah di Pantai Tanjung Aru



Selasa, November 05, 2013

Hampir Dakap Kejuaraan Ketiga

Kecederaan abdomen yang dialami oleh Ferlent Philip pada saringan 100 meter menyebabkan beliau menarik diri dalam acara 200 meter, sekaligus membuka peluang SRK Pekan Tongod muncul juara keseluruhan edisi 2013 yang berlangsung pada 30-31 Oktober 2013 di Padang Kg. Imbak. Ferlent yang berjaya masa terpantas di kalangan semua peserta pada saringan 200 meter , terpaksa menarik diri ekoran mengalami kesakitan abdomen dan kesukaran bernafas berikutan jadual pertandingan dua acara saringan 1 acara 100 meter dan saringan 2 acara 200 meter yang terlalu hampir. Pada hari pertama Kejohanan Olahraga MSS Zon Tongod , SK Kiandongo dilihat begitu unggul apabila merangkul 5 Emas , 5 Perak dan 3 Gangsa dari 10 acara yang dipertandingkan. Dix Sagitan menjadi atlit pertama sekolah ini memenangi Emas dalam acara 80 m lompat pagar dan kejayaan tersebut dituruti oleh Elvira Matthew dalam acara yang sama. Dominasi sekolah ini diteruskan pada tiga acara padang apabila Zilwafrid Johnatun berjaya memperbaharui rekod sekolah dalam acara lompat tinggi dengan ketinggian 1.16 meter memadam catatan 1.14 meter yang dibuat oleh Vickry Rezali. Winnie Jimis dan Jirol Ginal mencatatkan kejutan apabila masing-masing memenagi emas dalam acara Lontar Peluru dan Lompat jauh. Pada hari kedua kejohanan, dengan misi 2 Emas 2 Perak dari 6 acara akhir yang dipertandingkan untuk memungkinkan kejuaraan keseluruhan menjadi milik sekolah ini. SRK Pekan Tongod seolah-olah berjaya memaku pelari-pelari sekolah ini apabila mengungguli kesemua empat acara berganti-ganti sekaligus memotong kedudukan pingat menjadi 7 Emas 3 Perak manakala SK Kiandongo sekadar 5 Emas 9 Perak. Dengan baki 2 acara , iaitu 100 meter Lelaki dan Perempuan yang menjadi taruhan terakhir. Ferlent Philip berjaya mengembali statusnya selaku Raja Pecut MSS Zon Tongod 2013 dan menjadi pungutan Emas sekolah ini beranjak ke angka 6. Elvieuna Jasmi yang diletakkan harapan tinggi untuk memastikan Emas ketujuh dilihat berpeluang 50-50 apabila berhadapan seterunya, Ally Jelika dari SRK Pekan Tongod. Namun demikian, Elvieuna hanya sekadar berpuas hati dengan pingat perak dengan ketinggalan perbezaan satu langkah dengan pencabar utamanya dan sekaligus memberikan Juara Keseluruhan untuk SRK Pekan Tongod dengan pungut 8 Emas, 4 Perak dan 2 Gangsa manakala SK Kiandongo sekadar 6 Emas, 10 Perak dan 3 Gangsa.

 


Dix pecah rekod 80m Lari berpagar dengan catatan 15.65s

Aksi Wellen dalam lompat tinggi

Lompatan Emas daripada Jirol Ginal


 Inilah barisan kita
 
PK Kokum, En. Jemsan menerima Bendera Kejohanan sebagai Tuan Rumah 2014
 

SK Kiandongo, Sekolah Perintis Frog VLE

SK Kiandongo adalah di antara 85 buah sekolah di negeri Sabah yang menjadi Projek Champion School . Sekolah ini turut terpilih sebagai sekolah perintis program Frog Virtual Learning Environment (VLE) di Daerah Telupid/Tongod . Buat permulaan 3 orang guru sekolah ini telah mendapat latihan secara berpusat di Kota Kinabalu dan yang terbaru di Hotel Swiss Inn, Sandakan pada 24 - 26 September 203. Selaras dengan objektif program tersebut yang mahukan pihak sekolah memperkasakan persekitaran pembelajaran maya dengan mengoptimumkan penggunaan ICT, pada 21 Oktober 2013 yang lalu semua guru sekolah beserta dengan 10 orang ibu bapa dan 10 orang murid telah didedahkan secara intensif penggunaan program tersebut di Pusat Jalur Lebar Komuniti Kg. Sogo-Sogo. Para peserta telah mendapat bimbingan daripada En. Aizuddin Ghazali dari YTL yang mrupakan salah seorang Jurulatih Utama yang dilantik dari KPM.