Rabu, Julai 17, 2013

3 Murid Dapat Masuk UMS

Tiga orang sekolah ini telah diberi peluang mengikut program Kem Didik UPSR Berita Harian  Fasa 2 pada 13 dan 14 Julai 2013 di Dewan Kuliah 1 , Universiti Malaysia Sabah (UMS) , Kota Kinabalu. Airolina Julis, Juanita Julin dan Jolsy Juslim adalah 3 orang murid dari 103 orang murid di Daerah Tongod /Telupid telah berkesempatan untuk program tersebut yang diisi dengan teknik menjawab soalan UPSR bagi tahun 2013. Kehadiran beberapa penceramah tersohor seperti En. Anuar bin Ahmad telah banyak memberi input yang sangat berguna kepada para pelajar di daerah ini yang terpaksa mengharungi perjalanan lebih 300km untuk sampai ke lokasi program. Perjalanan ke Kota Kinabalu telah bermula pada 12 Julai 2013 sebaik selesai sesi taklimat dan pendaftaran bersama Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Tongod, En. Aron Abel di SK Telupid. Murid-murid sekolah ini telah menginap Likas Square Apartement selama 4 hari 3 malam yang sekaligus membuka ruang kepada guru pengiring untuk membawa mereka melawati tempat menarik di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu sepertinya Muzium Negeri, Petrosains, Perpustakaan Negeri, 1Borneo dan Center Point.







Ahad, Julai 07, 2013

Tahniah ! Cikgu

Tahun 2013 adalah tahun penuh keberkatan buat para guru SK Kiandongo apabila tiga orang guru menerima kenaikan pangkat. Yang Berusaha Guru Besar, En. Mohd Jasnee @ Tony Gungok dinaikkan pangkat  ke Gred DG44. Begitu juga, Cikgu Md Heldee @ Welter Abun yang dinaikkan pangkat ke gred yang sama. Sementera itu, Penolong Kanan 1 (Akademik /Pentadbiran), En. Andrew Justine dinaikkan pangkat ke DGA32. Bagi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2012 Cikgu Betty Guntolui dan Tuan Guru Besar ditabalkan sebagai penerima. Penerimaan 2 APC pada tahun tersebut dianggapkan sebagai satu sejarah kerana seperti kelaziman hanya 1 APC diberikan kepada kakitangan sekolah ini.

Ikhtiar Hidup

Pengakap SK Kiandongo (Kumpulan 02 Tongod) telah mengadakan Aktiviti Ikhtiar Hidup pada 5 dan 6 Julai 2013. Aktiviti seperti telah minat beberapa ahli PBSMM dan TKRS sekolah untuk sama-sama berkongsi pengalaman memasak dengan menggunakan segala bentuk alih ganti khususnya buluh. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, para peserta diberi peluang 100% memasak nasi, lauk, sayur dan air dengan citarasa kumpulan masing-masing. Dengan berbekal 5 batang mancis,semua kumpulan berjaya meminimakan penggunaan mancis antara 1 atau 2 batang sahaja. Kerjasama ahli kumpulan dapat dilihat dengan jelas semasa aktiviti tersebut berlangsung termasuk mencari keperluan bahan seperti kayu api, tempat memasak dan buluh.






Khamis, Julai 04, 2013

Kuartet 4X100m Cipta Kejutan

Kuartet 4X100m lelaki dan perempuan telah diberi peluang untuk menyertai acara jemputan 4X100m sempena Kejohanan Olahraga SK Pekan Telupid di Padang Majlis Daerah Labuk Sugut pada 4 Julai 2013. Bagi edisi kali ini sebanyak 4 pasukan lelaki dan 5 pasukan perempuan telah menyertai acara jemputan tersebut yang turut disaksikan oleh Ketua Unit Sukan PPD Tongod (Telupid), En. Reynold Jisli. Kuartet 4X100 Lelaki dan Perempuan telah berjaya menduduki tangga kedua dan sekaligus merangkul hadiah wang tunai RM75 selaku pemenang tempat kedua bagi setiap acara dimenangi. Acara lelaki telah dimenangi oleh Kuartet SK Pekan Telupid manakala Kuartet SK Buis memenangi acara perempuan. Ganjaran pemenang bagi kedua-dua acara ialah wang tunai bernilai RM100. Kejayaan menduduki tangga kedua bagi memberi keyakinan dan motivasi tinggi untuk para atlit dalam rangka persiapan bagi Kejohanan Olahraga Zon Tongod yang dijangka diadakan sekitar bulan Oktober atau November 2013.

Kem Lambaian Ilmu 2013 Catat Rekod Baru

Kem Lambaian Ilmu (KLI) 2013 atau Kem Motivasi UPSR Zon Tongod mencatat rekod baru apabila sejumlah 139 orang peserta dari 4 buah sekolah iaitu SK Kiandongo dengan 11 orang peserta, SK Sogo-Sogo - 35 orang peserta, SK Imbak - 19 orang peserta dan tuan rumah edisi keempat, SRK Pekan Tongod dengan 74 orang peserta mengatasi bilangan peserta pada tahun 2012 iaitu 133 orang peserta. KLI 2013 telah diadakan pada 28-30 Jun 2013 dengan menyaksikan lebih kurang 20 orang guru dan kakitangan telah terlibat secara langsung dalam penganjuran program kali ini yang turut menyelitkan Bengkel Menjawab Soalan UPSR bagi mata pelajaran teras, Malam Penghayatan, Ceramah Motivasi, Kembara, Sukaneka dan beberapa slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Ceramah Motivasi pada tahun ini telah menerima kehadiran Cikgu Malin Manni dari SMK Muhibbah, Sandakan yang begitu bersemangat menyampaikan ceramah sehingga menimbulkan suasana ceria dan harmoni di kalangan para peserta walaupun ceramah tersebut berakhir jam 10:00 malam. Kehadiran para penceramah bagi subjek UPSR seperti Pn. Moilin Tatty (BM), En. Stonny Anthony (BI), En. Redzwan Sinbad (M3) dan Pn. Dayang Atian (Sains) telah banyak memberi input secara sistematik tentang tatacara menjawab soalan UPSR dengan baik dan efektif.

Bengkel Menjawab Soalan UPSR


Ceramah Bahasa Inggeris oleh Cg. Stonny

Sukaneka : Kepit Belon

Sukaneka : Hantar Getah Guna Straw



Yg Berusaha Guru Besar SRK Pekan Tongod, En Maha Nain merasmikan penangguhan Majlis Penutupan

Bergambar Kenangan Bersama Peserta Lelaki


Bergambar Kenangan Bersama Peserta Perempuan