Sabtu, September 22, 2012

Saga ungguli Bola Baling 2012

Kejohanan Karnival Ko-kurikulum membuka tirai pada 22 September 2012 dengan acara bola baling menjadi acara pertama. Pasukan Proton Saga yang diketuai oleh Aeron Dimo berjaya menewaskan Pasukan Proton Waja yang diketuai oleh Willmy Albert dengan keputusan 5-2. Sementara itu, pasukan Proton Gen2 menewaskan Proton Inspira dengan keputusan 4-1 untuk menduduki tempat ketiga. Sebanyak 8 pasukan telah menyertai kejohanan ini iaitu Proton Saga, Proton Wira, Proton Gen2, Proton Inspira, Proton Waja, Perodua Kancil, Perodua Kelisa dan Perodua Viva.







Kuartet 4x100m Diundang ke Telupid

Pada 20 September 2012, kuartet 4x100m perempuan yang dianggotai oleh Airolina Julis, Helviana Janis, Nilziana  Salleh dan Elviuena Jasmi manakala kuartet lelaki dianggotai oleh Jielson Jibin, Vikry Rezali, Zilwafrid Johnatun dan Reznis Tanis mengecapi nasib yang sama apabila menduduki tangga keempat dalam kedua -dua saringan sekaligus gagal ke acara akhir. Acara lelaki telah dimenangi oleh kuartet SK Kopuran, diikuti SK Pekan Tongod dan SK Mengkawago ketiga. Bagi acara perempuan, kuartet SK Mengkawago telah berjaya menjuarai acara tersebut dengan menewaskan SK Pekan Tongod dan SK Buis.Kuartet yang menang menerima hadiah sebanyak RM100 beserta tawaran berlatih di Kompleks Sukan Ranau.






Jumaat, September 14, 2012

SK Kiandongo Yakin Capai Sasaran

Para guru SK Kiandongo khususnya Guru-Guru Tahun 6 berasa cukup yakin bahawa keputusan UPSR yang dijangkakan akan diumumkan pada awal bulan November 2012 akan mencatat peningkatan yang mendadak termasuk pertambahan bilangan murid mendapat A. Berdasarkan soalan yang dikeluarkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia, murid-murid yang ditemubual memberi respon yang positif dan dibantu oleh semakan awal oleh guru-guru.



Rabu, September 12, 2012

Majlis Kesyukuran dan Sambutan Hari Raya

Kelab Guru dan Staf SK Kiandongo telah mengadakan suatu jamuan khas yang penuh kesederhanaan yang menanda satu bentuk restu dan kesyukuran untuk murid-murid tahun 6 yang akan mengambil UPSR pada 11-13 September 2012. Jamuan ini turut diadakan sebagai sambutan Hari Raya Aidilfitri dan meraikan Hari Lahir 3 orang guru yang dilahirkan sekitar bulan Julai hingga September  iaitu Cikgu Masru (bulan Julai), Cikgu Jemsan (Ogos) dan Cikgu Vincent (September). Kehadiran tetamu jemputan seperti Yang Berusaha Guru Besar SRK Pekan Tongod , En Maha dan Guru Besar SK Kiandongo, En Mohd Jasnee telah memeriahkan suasana sambutan tersebut.





Murid 6 Intan Catat Rekod Baru

Seramai 23 orang murid daripada 26 calon yang berdaftar UPSR Tahun 2012 telah hadir ke sesi peperiksaan tersebut yang bermula 11 September 2012. Kehadiran sejumlah 23 orang ini mencatat catatan selaku kelompok murid SK Kiandongo yang paling ramai mengambil UPSR pada satu tahun. Catatan paling ramai sebelum ini ialah 20 orang calon yang hadir. Pada tahun 2011, 18 orang calon telah hadir daripada 20 calon yang mendaftar. Pada tahun 2012, sekolah ini telah meletakkan sasaran GPS pada tahap 2.95 dan peratus lulus penuh  38.46%. Sehingga sekolah ini ditubuhkan pada 1989, hanya seorang murid sahaja yang telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR iaitu saudari Noni Mursidi.

Siti Nur Saadah (dua dari kanan) dan 
Cerolinechryscilla (dua dari kiri) menjadi sandaran sekolah untuk 
mencapai tahap cemerlang  dalam UPSR 2012

4 Guru Dipilih Sebagai Pengawas UPSR

Seramai 4 orang guru sekolah ini telah diberikan kepercayaan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sabah untuk melaksanakan tugas mengawas Peperiksaan UPSR Tahun 2012 yang bermula 11-13 September 2012 di empat buah sekolah berlainan di daerah Tongod/Telupid. Penolong Kanan 1, En. Andrew telah diberi mandat untuk mengawas di SK Buis selaku Ketua Pengawas. Sementera itu, Penolong Kanan Kokum, En. Jemsan Sakunding dilantik sebagai Ketua Pengawas SK Sogo-Sogo. Manakala Setiausaha Peperiksaan , En. Mohd Rashdan dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Pengawas SK Linayukan manakala En. Masru Mustakim menjadi Pengawas di SK Langkabong.

Sabtu, September 01, 2012

SK Kiandongo Terima Pembaikan Hampir RM 40 ribu

Setelah menunggu lebih 10 tahun, akhirnya SK Kiandongo telah diberi perhatian untuk menerima pembaikan baik pulih bangunan sekolah dan rumah guru yang melibatkan kos sejumlah RM39,500. Kos tersebut meliputi pembaikan rumah guru sejumlah RM 25 000 dan selebihnya pembaikan bangunan sekolah.


Kampus Kiandongo Fasa 2

Program Kampus Kiandongo memasukki fasa kedua apabila berakhirnya cuti semester 2 dan cuti Hari Raya Aidilfitri dengan  aktiviti kelas tambahan dilipatgandakan waktunya bagi memantapkan persediaan murid-murid tahun 6. Program Kampus Kiandongo akan berakhir pada 6 September 2012 dan akan dimurnikan dengan program Doa Selamat dan Restu pada 10 September 2012 iaitu sehari sebelum UPSR bermula.

 Murid-murid berkesempatan mempelajari cara-cara memasak
 Murid-murid membantu guru menyediakan juadah makan malam
Murid-murid membuat ulangkaji pada sebelah malam dan petang

Sambutan Kemerdekaan Ke 55 SK Kiandongo

Walaupun dihimpit kesibukkan waktu menjelang peperiksaan UPSR yang akan berlangsung pada 11 September 2012. Para guru di sekolah ini telah mengadakan Program Khas menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55 pada 30 Ogos 2012 dengan mengadakan beberapa aktiviti menarik antaranya pertandingan Mewarna , Melukis, Bersajak, Berpantun, Bercerita dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia serta Dictionary Competition . Program yang dikelolakan oleh Cikgu Aizuddin selaku Guru Penyelaras Pusat Sumber dan Media telah dirasmikan penangguhannya oleh Yang Berusaha En. Mohd Jasnee selaku Guru Besar SK Kiandongo. Beliau turut berkesempatan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.


Kasliani Jalius muncul pemenang pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia
Pertandingan Dictionary

Saudari Dwi Shizliana raih tempat ketiga dalam Pertandingan Dictionary
Gimik Perasmian Penangguhan