Jumaat, Ogos 17, 2012

Majlis Berbuka Puasa Bersama PPD

Murid Tahun 6 Intan bersama para guru sekolah ini cukup bertuah apabila  Pegawai Pelajaran Daerah Tongod (Telupid),Drs. Mahanim bin Osman berkesempatan meluangkan masa untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan bersolat Maghrib berjemaah di sekolah ini pada 6 Ogos 2012. Kehadirin beliau berserta Pegawai Fasilinus Daerah Tongod, En Simon dan En. Jazriel memeriahkan lagi majlis berbuka puasa yang diadakan bersempena Majlis Kesyukuran Program Kampus Kiandongo yang melibatkan murid tahun 6. Tuan PPD turut berkesempatan memberi motivasi dan rangsangan kepada murid tahun 6 yang akan menghadapi UPSR tidak lama lagi.



Kampus Kiandongo 2012

Program Kampus Kiandongo adalah salah program lonjakan prestasi UPSR yang ditransformasikan dari Program Pecutan Terakhir pada tahun 2011 . Program yang diberi nafas baharu apabila penglibatan murid dan guru diperkasakan dengan mewujudkan tiga kumpulan yang dinamakan Ilmuwan, Bestari dan Cendikiawan. Penglibatan murid yang lebih holistik adalah untuk memberi peluang kepada semua murid untuk menerima bimbingan tentang tatacara menjawab soalan UPSR dan latih tubi . Kelompok murid yang lemah diberikan penekanan asas membaca, menulis dan mengira. Program ini telah bermula pada 23 Julai 2012 iaitu 50 hari menuju tarikh berlangsungnya UPSR. Murid-murid akan bermalam di rumah guru dan di kelas bagi memastikan aktiviti di luar kelas dapat dipantau dengan lebih dekat. Walaupun dalam serba kekurangan khususnya membabitkan kewangan, guru-guru di sekolah ini telah memberi komitmen yang cukup tinggi bagi menampung segala permasalahan demi melonjakkan prestasi UPSR pada tahun 2012. Pada tahun ini, SK Kiandongo telah menetapkan Gred Purata Sekolah pada tahap 2.95 sebagai Indeks Penunjuk Prestasi (KPI)