Selasa, November 22, 2011

Jamuan Akhir Tahun 5

Kelas Tahun 5 Intan di bawah kendalian Cikgu Aizuddin Ashraf telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun bagi meraikan para guru dan kakitangan sekolah serta memberi perangsang dan galakan kepada mereka yang bakal melangkah ke tahun 6 pada 2012. Kelas Tahun 5 Intan diketuai oleh saudari Norjianah Aim telah merancang program seumpama ini dengan baik sekali.

Malam Seribu Kenangan 2011 Terindah

Program Hari Ucapan Pelajar dan Majlis Perpisahan atau dikenali sebagai Malam Seribu Kenangan (MSK) telah berlangsung dengan suasana yang meriah walaupun perancangan program diadakan dalam jangkamasa yang singkat. MSK 2011 telah diadakan di Dewan 1Kiandongo pada 17 November 2011 bermula jam 7:00 malam dengan menyaksikan kehadiran Yang Berbahagia Encik Benson Inggam yang merupakan Ketua Pemuda UPKO Bahagian Kinabatangan selaku perasmi. Pelbagai persembahan menarik telah berlangsung antaranya persembahan kebudayaan oleh murid Tahun 3 Baiduri, persembahan muzikal pop oleh murid Tahun 5 Intan, persembahan tarian disko dan nyayian "Demi Pertemuan dan Perpisahan", nyanyian solo Aeron Dimo, Majlis Konvokesyen,Penyampaian Anugerah dan Ganjaran Intensif Kecemerlangan UPSR dan Sukan.

Senarai Pemenang :
Anugerah Akademik
1. Siti Nur Sa'adah bt Julubin (Tahap 2)
2. Wellen Aleshia Matturis (Tahap 1)

Anugerah Kokum
1. Aeron Dimo (Lelaki)
2. Cerolinechryscilla Mor (Perempuan)

Anugerah Kepimpinan
1. Norjianah Aim (Ketua Kelas dan Ketua Pasukan Bola Tampar Wanita)
2. Julletta Ruth Koh (Pen. Ketua Murid dan SU Pengakap)

Anugerah Daya Usaha
(Murid-Murid Pemulihan)

Ganjaran Kecemerlangan UPSR
1. Julletta Ruth Koh (RM100)
2. Elsie Peter (RM100)

Ganjaran Kecemerlangan Sukan
Aeron Dimo, Cerolinechryscilla Mor, Norjianah Aim,
Shamrizal Sangkala, Echlinah Philip, Shaflyn Laiwin,
Azreen Ezriana Julis, Jelikmus Phillipmus,Alexsius Lasius,
Eloyena Jasmi, Zilwafrid Johnatun, Jack Milis
dan Ferlent Philip.

Ahad, November 20, 2011

BM Kefahaman Catat Peningkatan

Tanggal 17 November 2011 menyaksikan satu lagi detik suram kepada warga pendidik di sekolah apabila hanya seorang murid sahaja yang berjaya lulus dalam UPSR 2011. Seramai 18 orang calon telah hadir untuk mengambil peperiksaan tersebut namun hanya saudari Julletta Ruth Koh sahaja yang mencapai tahap lulus dengan memperolehi 2A 3C. Walau bagaimanapun keputusan Bahasa Melayu Kefahaman mencatat peningkatan apabila mencapai 88.89% kelulusan iaitu meningkat 3.17% dengan bilangan murid yang mendapat A subjek tersebut adalah 2 orang . Manakala subjek Bahasa Melayu Penulisan merudum 6.35%, Matematik dan Bahasa Inggeris merosot 15.87% serta Sains jatuh sebanyak 4.44%. Keputusan Gred Purata Sekolah pada tahun ini adalah 3.49 berbanding tahun 2010 iaitu 2.97. Pihak sekolah telah mengambil langkah terbaik termasuk mengadakan kelas tambahan pada waktu malam selama 3 minggu menjelang UPSR namun keputusan masih kurang memberangsangkan walaubagaimanapun terdapat beberapa murid menunjukkan peningkatan. Misalnya Edisman Salim bekas murid pemulihan khas muncul murid lelaki terbaik apabila memperolehi 1B,3C dan 1D. Seramai 6 orang murid mencatat keputusan Miss Lulus apabila hanya gagal subjek Bahasa Inggeris.

Solar Hybrid dan Schoolnet Tidak Berfungsi

Projek solar hybrid yang bernilai anggaran RM4 juta tidak lagi berfungsi berikutan kontrak penyelenggaraan yang telah tamat 22 November 2010 tidak disambung sehingga kini. Keadaan bertambah parah apabila 10 November 2011 SK Kiandongo telah disambar petir menyebabkan bangunan sekolah yang menempatkan 7 buah kelas, bangunan pentadbiran, makmal, stor, dan bilik guru tidak lagi mendapat bekalan elektrik sekaligus menyebabkan operasi pengurusan pejabat tidak berfungsi dengan sempurna. Keadaan bertambah parah apabila wifi adaptor dan satelit adaptor yang membolehkan talian schoolnet tidak lagi berfungsi akibat kesan sambaran tersebut. Beberapa peralatan komputer dan peralatan elektrik tidak lagi dapat berfungsi sekaligus memberi impak buruk kepada sekolah.

Jumaat, November 04, 2011

SK Kiandongo Kekalkan Kejuaraan MSZT 2011

Tarikh 2 -3 November 2011 di Padang SK Keramuak pasti terukir nostalgia manis apabila Sekolah Kebangsaan Kiandongo mengekalkan kejuaraan dalam Kejohanan Olahraga MSZT buat dua tahun berturut-turut sekaligus mengecewakan sekolah-sekolah yang berkapasiti murid yang lebih besar seperti SRK Pekan Tongod, SK Sogo-Sogo dan SK Keramuak. SK Kiandongo yang berstatus Sekolah Kurang Murid (SKM) membuktikan kemenangan 2010 di SK Sogo-Sogo bukanlah sekadar nasib tetapi membuktikan kualiti latihan dan murid-murid sekolah ini berada satu tahap lebih baik berbanding sekolah-sekolah yang lain.



Kejayaan sekolah ini dibantu dalam acara yang melibatkan koordinasi lompatan apabila mengungguli acara Lompat Jauh dan 80m Lari Berpagar(Lelaki dan Perempuan)serta acara lompat tinggi perempuan. Sejumlah 16 orang atlit sekolah ini telah dipilih dengan diwakili Jelikmus, Aeron Dimo,Alexsius, Jielson Jibin, Shamrizal Sangkala, Jack Milis, Zilwafrid Johnatun, Ferlent Philip, Venses Louse, Norjianah Aim, Cerolinechryscilla, Echlinah Philip, Eloyena Jasmi,Kasliani Jalius, Shaflyn Laiwin dan Azreen Ezriana Julis. Walaupun pada dasarnya sekolah menetapkan sasaran 5-6 Emas namun setelah tamat kejohanan, sebanyak 8 Emas, 8 Perak dan 4 Gangsa telah berjaya digenggam erat. Kalau tidak kerana faktor cuaca dan faktor kepegawaian, 2 emas dalam acara 4x100m (P) dan 200m (P) pasti menambahkan lagi koleksi emas sekolah ini kepada 10 Emas.Di samping itu Aeron Dimo dan Cerolinechryscilla Mor dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati MSZT 2011.

Senarai Pemenang
8 Emas :
1) Shamrizal Sangkala (Lontar Peluru (L))
2) Aeron Dimo (Lompat Jauh (L) & 80m Lari Berpagar(L))
3) Cerolinechryscilla (80m Lari Berpagar (P) & 100m (P))
4) Norjianah Aim (Lompat Tinggi (P) & Lompat Jauh (P))
5) Norjianah,Ceroline,Echlinah,(4x200m (P))
Eloyena

8 Perak :
1) Shaflyn Laiwin (Lompat Jauh dan Lompat Tinggi)
2) Aeron,Jelikmus,Alexsius (4x100m (L))
Zilwafrid
3) Aeron,Jelikmus,Jack, (4x200m (L))
Ferlent
4) Azreen Ezriana Julis (80m Lari Berpagar (P))
5) Echlinah Philip (100m & 200m (P))
6) Alexsius Lasius (Lompat Jauh (L))

4 Gangsa :
1) Jelikmus Phillipmus (100m & Lompat Tinggi (L))
2) Norjianah,Ceroline,Echlinah,(4x100m (P))
Eloyena
3) Azreen Ezriana Julis (Lontar Peluru (P))

Kem Membaca 1Malaysia

Sekolah ini telah mengadakan Kem Membaca 1Malaysia selama seminggu bermula 31 Oktober 2011 hingga 3 November 2011 walaupun berlaku pertindihan tarikh dengan sukan zon yang diadakan di SK Keramuak. Pelbagai aktiviti dilaksanakan antaranya mendeklamasi sajak, bercerita dan Membaca secara serentak selama 33 minit 52 saat.