Jumaat, Oktober 07, 2011

Merlinah, Afely Ungguli Pertandingan Dam

Merlinah Johnatun menundukkan 35 orang peserta lain untuk muncul juara Pertandingan Dam kategori Tahap 2 manakala Afely Aim mendominasi bagi kategori Tahap 1. Pertandingan yang bermula pada 4-7 Oktober 2011 telah diadakan menggunakan format kalah mati dua kali. Format ini dipilih bagi memberi peluang kedua kepada peserta yang tewas untuk bertanding semula. Merlinah menewaskan Jelikmus di peringkat akhir manakala Afely Aim menewaskan Betlen. Tempat ketiga bagi kategori tahap 1 dimenangi oleh Jenny Quelen manakala kategori tahap 2 diraih oleh Airolina Julis. Sejumlah 51 peserta telah menyertai pertandingan ini.

Khamis, Oktober 06, 2011

Bola Tampar :Barisan Muda Pamer Potensi

Sungguhpun SK Kiandongo menurunkan 80% skuad muda dengan penglibatan murid di bawah usia 12 tahun. Pasukan wanita sekolah ini dilihat begitu gah apabila mengungguli kategori wanita dengan menewaskan SK Linayukan 25-20, 25-13 dan SK Sogo-Sogo 25-10, 25-17. Manakala skuad lelaki yang dibarisi 80% muka baru termasuk menyenaraikan murid tahun 3 (Zilwafrid Johnatun) dan murid tahun 4 (Jielson Jibin) masih berupaya menewaskan SK Sogo-Sogo.SK Linayukan menurunkan 100% murid tahun 6 dilihat begitu kuat apabila menundukkan sekolah ini dengan keputusan 25-17, 25-10 sekaligus menobatkan SK Linayukan juara keseluruhan Pertandingan Bola Tampar 3 Penjuru. Pertandingan yang diadakan pada 5 Oktober 2011 telah dianjurkan di SK Linayukan adalah sebahagian aktiviti murid tahun 6 untuk mengisi masa terluang dengan perkara berfaedah.

Norjianah Juara Pertandingan Bercerita Daerah Telupid

Murid tahun 5 sekolah ini saudari Norjianah Aim muncul juara Pertandingan Bercerita BM Kategori Tahap 2 pada 29 September 2011. Norjianah yang menumpaskan 27 peserta telah meraih 85 markah sekaligus mencipta kejutan dan kegembiraan buat sekolah ini. Norjianah yang dikenali sebagai Jiji adalah salah seorang dua orang calon murid sekolah ini yang dihantar untuk mewakili sekolah ke pertandingan tersebut. Selain daripada Norjianah, Elsie Peter turut mewakili sekolah ini namun beliau tidak dapat menonjolkan bakatnya berikutan menghadapi sakit tekak.