Isnin, Mei 30, 2011

Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan

Selamat Menyambut Pesta Menuai dan Selamat Bercuti Buat Semua Guru, Kakitangan dan Murid-Murid SK Kiandongo

Jumaat, Mei 27, 2011

Sukaneka Hari Guru Meriah

Program Sukaneka bersempena Sambutan Hari Guru telah berjaya dilangsungkan dengan perancangan yang singkat tetapi menghasilkan sesuatu yang memberi sejuta kepuasan yang tidak terhingga di kalangan para guru, kakitangan dan juga murid-murid di sekolah. Bahkan kehadiran segelintir ibu bapa yang memberikan sokongan kepada anak-anak mereka telah memberikan keceriaan buat keseluruhan program ini. Program ini telah dilangsungkan pada 27 Mei 2011 iaitu sejurus sehari selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun. Komitmen guru-guru dan kakitangan sekolah telah banyak menjayakan program ini. Sepanjang program ini,beberapa acara telah diadakan iaitu Hantar Getah Guna Straw, Lari Kaki Tiga, Jom Pancing, Isi Air Dalam Botol, Tarik Tali dan Cari Gula-Gula Dalam Tepung. Acara kemuncak program adalah Tarik Tali yang turut menyaksikan kehadiran Guru Besar SK Kiandongo, Yang Berusaha Encik Mohd Jasnee menjadi Pengadil utama dan Penyampai Hadiah Keseluruhan.

Sabtu, Mei 21, 2011

Minggu Peperiksaan Bermula

Seluruh Sekolah Rendah di Daerah Telupid akan mengadakan Peperiksaan Pertengahan Tahun atau PKSR 1 pada 23 hingga 26 Mei 2011.Berikut adalah Jadual Peperiksaan SK Kiandongo :
Tahap 2
Tarikh Masa Mata Pelajaran
----------------------------------------------
23/5/2011 7.15-8.05pg BM (Kefahaman)
8.30-9.30pg M3 (Kertas I)
10.15-11.30pg BM (Penulisan)
----------------------------------------------
24/5/2011 7.15-8.05pg BI (Kertas I)
8.40-9.20pg M3 (Kertas II)
10.15-11.30pg BI (Kertas II)
----------------------------------------------
25/5/2011 7.15-8.15pg P.Moral
8.30-9.30pg K.Hidup
10.15-11.30pg Sains
----------------------------------------------
26/5/2011 7.15-8.15pg PSK
8.30-9.30pg KT
10.15-11.30pg PSV
----------------------------------------------

Jumaat, Mei 20, 2011

Murid Tahun 5 Jayakan Hari Guru


Di celah-celah kesibukan menuju ke minggu peperiksaan, murid-murid tahun 5 telah mengadakan satu majlis ringkas dan penuh bermakna untuk meraikan Hari Guru. Perwatakan yang ditonjol oleh Murid Tahun 5 pada tahun ini membuktikan bahawa mereka mempunyai karisma tersendiri untuk menjadi murid yang cemerlang pada masa hadapan berdasarkan kesungguhan dan komitmen yang ditonjol oleh mereka sejak dari tahun 3 lagi.Majlis yang disertakan dengan ucapan ringkas daripada guru-guru dan wakil murid. Kesungguhan mereka menyediakan juadah sebagai santapan kepada para guru amatlah dihargai. Semoga murid-murid tahun 5 akan berjaya dengan cemerlang pada tahun 2012 sekaligus menempa satu catatan sejarah yang paling gemilang.

Ahad, Mei 15, 2011

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru buat semua guru di SK Kiandongo. Bersempena Sambutan Hari Guru pada 16 Mei setiap tahun, suka diingatkan kepada para pendidik di seluruh negara jadilah guru yang boleh menyumbang kepada pembangunan pendidikan anak bangsa dan elakkan menjadi guru yang menumpang dan hanya menjadi bebanan kepada pihak sekolah. Jalankan amanah dan tanggungjawab untuk menjana pemikiran rakyat dan bukannya menjadi pengkhianat bangsa yang membiarkan anak didik tanpa ilmu yang sempurna. Guru menjana transformasi pendidikan negara. Selamat Hari Guru, Cikgu!

Sabtu, Mei 14, 2011

Makan Beradab Bersama Pengakap


Aktiviti Mingguan Pengakap diteruskan dengan aktiviti memasak dan makan beradab. Aktiviti ini telah dilangsungkan pada 14 Mei 2011 turut disertai oleh Ahli PBSMM. Sebelum itu, setiap kumpulan telah ditugaskan mencari kayu api bagi meningkatkan kerjasama di kalangan ahli kumpulan dan sekawan. Seperti kelaziman, ahli pengakap diajar tentang tatacara memasak di dalam buluh sama ada memasak nasi atau lauk-pauk.

Isnin, Mei 09, 2011

Yayasan Sabah Bantu Jayakan Kem Lambaian Ilmu

Para peserta Kem Lambaian Ilmu (KLI) ke 2 Tahun 2011 harus berasa bertuah kerana Yayasan Negeri Sabah sudi menghulur sumbangan bagi menampung sebahagian kos penganjuran. Walaupun sumbangan yang diberikan tidaklah seberapa sekurang-kurangnya ia mampu mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh 4 buah sekolah yang terlibat menjayakan program ini. Kehadiran Puan Rosinah selaku wakil Yayasan Sabah yang turut menyampaikan Ceramah Motivasi menambahkan lagi keceriaan di kalangan para peserta. Seramai 108 orang peserta telah telah terlibat dengan program pada kali ini yang turut didokong seramai 35 orang guru dan kakitangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Program yang berlangsung selama 3 hari, 2 malam mulai 6-8 Mei 2011 berjaya dilaksanakan dengan pengisian aktiviti seperti Motivasi, Pengurusan Masa, Latihan Dalam Kumpulan, Bengkel Menjawab Soalan UPSR, Sukaneka, Kembara, Riadah, Merempuh Halangan, Malam Kebudayaan dan sebagainya.

Ahad, Mei 01, 2011

Sekolahku Rumahku

Walaupun usia sekolah SK Kiandongo sudah mencecah hampir 23 tahun, bangunan tinggalan yang merupakan sebuah Kilang Kayu Balak masih terus digunakan sebagai sebahagian sekolah dan rumah guru . Dengan serba kekurangan, hanya kudrat para guru,kakitangan dan murid-murid berserta air tangan penduduk kampung di sini membuatkan keusangan sekolah terubat dengan semangat mereka menghias dan mencantik bangunan sekolah ini walaupun terpaksa menggunakan peruntukkan kewangan sendiri. Di dalam menuju negara membangun, keadaan prasarana sekolah harus diberi perhatian tanpa mengira situasi. Terima Kasih buat guru-guru yang sudi mengeluarkan peruntukkan sendiri demi memastikan tahap keindahan sekolah terus dikekalkan