Jumaat, Februari 25, 2011

Echlinah, Norjianah,Renlly Sumbang Pingat



Kejayaan memenangi pingat di Kejohanan Olahraga MSSD Telupid ke 2 adalah satu kejayaan yang amat membanggakan lebih-lebih lagi, tiga atlit dari sekolah ini telah membantu kuartet lari berganti-ganti Zon Tongod. Norjianah dan Echlinah berjaya meraih pingat di dalam acara 4x200 m manakala Renlly membantu kuartet 4x100m meraih pingat gangsa. Kejayaan mereka ini menjadikan pencapaian keseluruhan pasukan bawah 12tahun Zon Tongod pada tahun 2011 adalah lebih baik berbanding tahun lalu dengan kejayaan memprolehi 1 Emas, 1 Perak dan 3 Gangsa. Pasukan Zon Tongod secara keseluruhan telah merangkul menduduki tempat ke 4 dengan pencapaian 11 Emas, 7 Perak dan 8 Gangsa. Sementara itu saudari Veronica Domi berjaya merangkul Olahragawati Bawah 15 tahun apabila meraih 4 emas dalam 3000 m, 1500 m, 800 m dan 4 x 400 m.

7 Murid SK Kiandongo Sertai MSSD

Seramai 7 orang murid sekolah ini telah dipilih untuk membawa cabaran pasukan Tongod dalam Kejohanan Olahraga MSSD Tongod (Telupid) Ke 2 di SMK Telupid. Mereka yang terpilih ialah Cerolinechryscilla, Echlinah, Shaflyn, Norjianah, Richel Jasmi, Renlly Ramdose dan Vindry Kukong. Pemilihan mereka dibuat di atas kejayaan mereka muncul tempat pertama dan kedua dalam acara masing-masing di Kejohanan Olahraga Zon Tongod pada tahun 2010.Mereka yang terpilih telah mengikuti latihan pusat selama 6 hari di SK Sogo-Sogo mulai 21-26 Februari 2011.

Melson, Jainus Bantu Kejayaan Zon Tongod

Melson Ascung dan Jainus Maika, dua orang murid sekolah ini telah berjaya membantu pasukan Bolasepak Zon Tongod muncul juara pertandingan Bolasepak Peringkat Daerah Tongod (Telupid)Bawah 12 Tahun. Saudara Melson Ascung yang bertindak selaku penjaga gol turut dinobatkan selaku penjaga gol terbaik pertandingan. Kedua-dua mereka ini turut terpilih menyertai ujian pemilihan pemain bagi mewakili Daerah Tongod (Telupid). Kejayaan pasukan ini muncul juara pada edisi kali ini adalah kejayaan dua tahun berturut-turut dan sekaligus meneruskan deretan kemenangan zon ini bagi permainan bawah 12 tahun. Yang sebelum ini telah muncul juara permainan bola tampar lelaki dan perempuan serta permainan badminton.Pertandingan pada kali ini telah diadakan di padang SK Sogo-Sogo yang berlangsung dalam keadaan padang yang kurang memuaskan disebabkan faktor cuaca yang kurang mengizinkan. Pasukan ini telah berjaya menewaskan Zon Telupid, 3-0Zon Sapi 1-0 dan Zon Entilibon 3-0. Namun ditumpaskan oleh Zon Penangah 1-2 pada perlawanan terakhir. Saudara Delly Thomas,dari pasukan Zon Tongod turut dijulang sebagai penjaring terbanyak dengan 4 jaringan.Sementara pada itu,kategori bawah 15 Tahun Zon Tongod dan Zon Entilibon telah muncul juara bersama. Bagi Kategori Bawah 18Tahun, Zon Tongod memprolehi tempat kedua di belakang Zon Telupid.

Sabtu, Februari 12, 2011

SK Kiandongo Terima Guru Baru

Cikgu Aizuddin Ashraff bin Che Mohd menjadi guru kedua dari Semenanjung yang berjaya menempatkan diri sekolah. Beliau yang berasal dari negeri Terengganu adalah kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismal, K.Terengganu. Beliau juga merupakan kumpulan pertama keluaran IPGM di bawah Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP. Kehadiran beliau di sekolah ini diharapkan menjelmakan satu input yang berkesan khususnya dalam mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.

JOM ICT


Sempena Cuti Tahun Baru Cina yang berlangsung dari 29 Januari 2011 hingga 6 Februari 2011, Biro Pendidikan PIBG SK Kiandongo bersama Pusat Sumber dan Media SK Kiandongo telah menjayakan program Jom ICT pada 29 Januari 2011 bertempat di Kelas Tahun 6 . Seramai 10 orang murid telah terlibat dengan program ini dengan menggunakan komputer riba yang dipinjam daripada pelajar SMK Tongod. Pengisian program ini dimulakan dengan Pengenalan Komponen Komputer bagi memastikan pengetahuan terhadap komputer dan kegunaannya dapat diperolehi oleh setiap orang murid. Program yang berlangsung selama 2 ½ jam turut diisi dengan pembelajaran Microsoft Office Word untuk membolehkan para murid dapat menggunakan perisian ini dengan sebaik mungkin. Program ini telah dikendalikan Cikgu Mohd Rashdan dan disertai oleh 6 orang murid Tahun 5 dan 4 orang murid Tahun 6.
Senarai nama murid yang terlibat ialah Aeron Dimo, Jelikmus Philipmus, Marjianah Joinis, Willmy Albert, Siti Nur Saadah, Rafi Rio Stewart,Richel Jasmi, Merlinah Johnatun, Julletta Ruth Koh dan Renlly Ramdose.