Jumaat, April 24, 2009

Murid Tahun 1 dan Tahun 6 Terima Suntikan


Kehadiran pasukan perubatan daripada Jabatan Kesihatan Daerah Tongod pada 23 April 2009 ke sekolah ini telah memberi pelbagai reaksi kepada murid-murid. Kehadiran pasukan ini adalah bertujuan pemeriksaan kesihatan kepada murid Tahun 1 dan Tahun 6.  Semua murid tahun 1 telah diberikan dua suntikan iaitu suntikan BCG dan Polio manakala hanya murid perempuan Tahun 6 menerima suntikan Rubella. 

Isnin, April 20, 2009

Program Iman : Pelajar Bebas Dedah


Pada 15 April 2009, seramai 45 orang murid dari tahun 4, 5 dan 6 dengan diiringi oleh Cikgu Kaldin Lampakas dan Cikgu Rashdan telah menghadiri ceramah Program Iman : Pelajar Bebas Dadah yang telah diadakan di SK Sogo-Sogo. Program di bawah anjuran PEMADAM Daerah Tongod adalah buat ulung kali diadakan. Yang Berbahagia Tuan Sunsing Pitalai , Pemimpin Kemajuan Rakyat telah berkesempatan untuk menghadiri program tersebut dan sekaligus merasmikannya. Diharapkan program seperti ini akan diteruskan demi memastikan genjala yang tidak sihat ini dapat dibendungkan dari peringkat bangku sekolah rendah lagi.

Sabtu, April 11, 2009

SK Kiandongo Menuju Perubahan

Kejohanan Sukan Padang dan Balapan 2009

SK Kiandongo, Telupid akan mengadakan kejohanan sukan tahunan pada 26 - 28 Mei 2009. Beberapa acara olahraga diadakan di antaranya 100 meter, 200 meter, lompat jauh dan lontar peluru. 

BLOG SK KIANDONGO

Selamat Datang Ke Blog SK Kiandongo, Telupid.  Blog ini telah mula beroperasi pada 11 April 2009. Sebarang penambahan maklumat ke dalam blog masih di peringkat permulaan.